Bismillahirahmanirahim..
Sedih rasanya tengok blog yang dah lame benar tak berupdate ni. Bukan sebab tak de idea nak berkongsi tapi disebabkan faktor diri yang tak berapa nak rajin menaip.huhu. Tak bagus betul tabiat ni.so, CANCEL..CANCEL.. GO AWAY GONE(cara KESUMART). InsyaAllah kalau ada kelapangan blog ni akan terus di update.
Banyak sangat benda yang nak diceritakan,2 bulan kena kuarantin kat PDI jalani kursus persediaan ke Mesir bukanlah satu benda yang menyeksakan sangat sebenarnya. Kalau rasa dipenjara pun sikit-sikitlah.huhu. Tapi semua tu pun untuk kebaikan kitaorang juga,kat Mesir nanti bukannya boleh balik sesuka hati jadi,kena lah sediakan fizikal dan mental awal-awal. Hakikatnya,bagi saya, kursus ini cukup meninggalkan kesan yang mendalam lantaran kursus ini telah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar.
Kami telah dijadualkan untuk menhafaz quran pada setiap pagi. Pada mulanya, rasa takut menyelubungi diri sebab merasakan menghafaz quran adalah suatu benda yang agak berat dan mampukah kami untuk menghafal 2 juzu’ dalam tempoh 2 bulan ini? Tapi Alhamdulillah dalam kecuakkan untuk menghafal itu,saya menemukan ketenangan dan keseronokkan.Seronok menghafaz kalimah-kalimah Allah. Cuma sekarang saya takut tidak mampu untuk menjaganya. Bak kata Ust Najib,guru kelas halaqah kami, “nak menghafal quran memang senang, tapi nak menjaganya yang payah”. Berdosa bagi seseorang yang telah menghafal quran,dan kemudian, dia lupa. InsyaAllah, saya akan terus tanamkan tekad untuk istiqamah dalam menghafal.
Ingat lagi,perkara pertama yang ditekankan sewaktu kami berada di kursus ini adalah betulkan niat. Kita niat belajar bukanlah semata-mata untuk berakhir dengan kerjaya yang bagus, mendapat gaji yang lumayan tetapi untuk menyahut seruan Illahi " "واجب علئ كل مسليم لطلب العلم barulah ilmu itu akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya jika segala yang kita lakukan ikhlas semat-mata kerana Dia.. Sesungguhnya rezeki itu disisi Allah dan Dialah yang berhak memberi kepada hamba-hamba yang diinginiNya. Firman Allah dalam ayat Seribu Dinar,” Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikan dia sumber rezeki dari arah yang tidak dia sangka-sangkakan.”. Subahanallah, semoga kami segera tersedar dari kehidupan duniawi semata-mata.
Fuh,kalau nak diceritakan dari satu ke satu memang penat ni. Sebab banyak sangat ilmu-ilmu baru yang saya peroleh sepanjang berada di PDI. Tapi bolehlah saya simpulkan dua perkara. Jaga hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan dengan manusia.Kalau kita nak jaga hubungan dengan Allah sudah semestinya kita kena menjaga solat dan al-quran. Bak kata Ustaz saya lagi, orang zaman sekarang, senang je kalau nak menghafal al-Quran tapi susah nak mengamalkan. Terbalik ngan orang zaman dulu, diaorang susah nak menghafal, tapi senang je nak amalkan. Dapat je suruhan dari Allah terus je amalkan. Contohnya, para sahabat yang dah terbiasa dengan arak, terus saja buangkan botol-botol arak yang ada kat dalam rumah diaorang tu setelah mendapat wahyu pengharamannya.Dan untuk menjaga hubungan dengan manusia pula, mungkin menjaga percakapan. Wallahua’lam.