Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts
Sunday, August 7, 2011
Salam Ramadhan
BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL
Secara peribadi quote ini seperti memberi makna yang padat. Nampak simple, tapi apabila dirungkaikan pengertiannya mampu memberi impak besar dalam hidup. Alhamdulillah kini kita diberi lagi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Jom, pertingkatkan jual beli kita dengan Allah!
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
( al-Mulk : 2)
Pada bulan ini, syaitan dibelenggu dan hanya hawa nafsu yang menjadi musuh amal. Maka, andai kita ingin melakukan perubahan, inilah bulan yang harus kita manfaatkan. Allah.. semua amal Allah dilipat gandakan ganjaran. Takkan kita ingin biarkan ia berlalu dan tidak merebut peluang? Andai ada sale untuk raya, mesti kita telah pergi beratur panjangkan. :)
MEMBETULKAN YANG BIASA
Baik, sekarang mari kita lakukan check list. Apakah amal yang biasa kita lakukan? Adakah perkara-perkara yang biasa kita lakukan itu betul di sisi Islam?
1) menonton televisyen
2) tidur yang lama
3) makan dengan kadar yang banyak
4) bersembang perkara yang tidak memberi manfaat + tidak tambah iman
5) solat di pertengahan waktu
6) .....
7) .....
Perkara di atas bukanlah haram di sisi Islam cumanya Mukmin yang sejati itu tidak akan membiarkan Ramadhannya dengan kebiasaanya yang biasa-biasa sahaja. Harus ada peningkatan dalam bulan Ramadhan ini. Kan syaitan sudah ditambat. nafsu kita harus dididik untuk menjadi nafsu yang mutmainnah.
Iaitu nafsu yang telah mencapai rasa ketenangan dan ketenteraman, selalu kembali kepada Allah. Nafsu pada tingkat yang keempat.
"Hai jiwa yang tenang (muthmainah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya masuklah ke dalam kumpulan hambaku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
( Al-Fajr : 27, 28, 29, 30)
Menonton televisyen, kita boleh tukarkan dengan tadarus al-Quran @ rancangan yang memberi manfaat,bukannya rancangan yang menambah maksiat. Tidur, biarlah yang berpatutan, tidak perlu menjadi baby. Secara saintifiknya, melatonin manusia dewasa semakin berkurang. Melatonin inilah antara kimia yang menyebabkan kita terangsang untuk tidur. Makan berlebihan, Rasulullah S.A.W. sukakan umatnya yg mutawwasit (pertengahan). Pesan baginda, Berhentilah makan sebelum kenyang. Nah, kita telah meengamalkan salah satu sunah Rasulullah S.A.W secara tidak langsung. Bersembang. Baik kita diam daripada berkata-kata yang tidak berfaedah. Lagi baik, bulan yang mulia ini kita biasakan diri untuk membincangkan perkara-perkara yang menambahkan iman seperti sirah nabi, bagaimana ingin istiqamah, dan sebagainya.Tambahan kalau bersembang dengan bukan mahram tanpa urusan yang penting. Agak-agak ciri mukmin sejati itu macam itukah? Tepuk dada tanya iman. Solat. Perkara pertama yang harus dijaga. Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilanNya. Haiya A'la Solah, Haiya A'la Falah.
Langkah seterusnya ialah,
MEMBIASAKAN YANG BETUL
Sebelum saya terlupa, senarai-senarai di atas hanyalah contoh. Tempat ke 6, 7, 8, dan seterusnya boleh diisi sendiri. Sama-sama bermuhasabah menilai amal kita. Menghisab diri sebelum diri ini dihisab. Untuk membiasakan diri dengan perkara yang betul pastinya perlukan mujahadah yang tinggi. Kecekalan hati akan kita temui andai asas kefahaman kita mantap. Oleh itu, berubah ke arah kebaikan bukanlah sekadar taqlid (mengikut) semata-mata tetapi memerlukan kefahaman yang benar. Kenapa kita ingin melakukan perubahan? Kenapa kita harus berubah? Saya rasa jawapannya adalah subjektif bagi setiap individu. Cumanya, rata-rata yang kita lihat, insan yang mengamalkan gaya hidup berlandaskan Islam terpancar pada diri mereka satu ketenangan. Ya, hati akan menjadi tenang apabila kita kembali kepada agama fitrah, iaitu Islam.
Seorang muslim akan berusaha bersungguh untuk berubah kerana firman Allah S.W.T dalam kitabNya yang aziz,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
( Al-Anfaal :53 )
Rasulullah juga ada memberi panduan untuk umatnya membezakan perkara yang hak dan yang batil,
Pada suatu hari, Rasulullah SAW ditanya tentang kebajikan dan keburukan (dosa). Jawabnya, “Kebajikan (al-birr) adalah budi pakerti luhur (husn al-huluq), sedangkan keburukan atau dosa (al-itsm) adalah apa yang membuat hatimu resah, dan kamu tidak ingin orang lain mengetahuinya.” (HR. Muslim dari Ibn Sam`an al-Anshari).
Jom kita berusaha untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Moga Ramadhan kali ini membawa natijah yang besar dalam hidup kita. Bak kata orang, Ramdhan yang sama, tapi natijah yang berbeza. Apa-apa pun moga natijahnya membawa kebaikan dan peningkatan dalam diri. Selamat menjalani madrasah Ramdhan. Wallahua'lam.
Friday, October 8, 2010
Stress Management Tips from AL-QURAN
Lama sangat biarkan blog ini tidak berusik. maaf. walaupun dah raya, post masih lagi mengenai puasa (:. Cuma ingin berkongsi 1 artikel yang di ambil daripada iluvislam. al-Quran sememangnya sumber motivasi terbaik! sedangkan pemimpin Korea yang bukanlah beragama Islam, pernah merujuk kepada Al-Quran, inikan kita yang menganutinya. Al-Quran antara mukjizat agung yang ditinggalkan Rasulullah untuk kita, umat akhir zaman ini. Moga dapat manfaatnya.
1. Remembering Allah
Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbas, radiyallahu anhuma, reported: One day I was behind the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, and he said to me:
"O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah. Know that even if the Nation (or the whole community) were to gather together to benefit you with something, they would not benefit you with anything except that which Allah has already recorded for you, and that if they gather together to harm you with something, they would not be able to harm you with anything except that which Allah has already recorded against you. The pens have been lifted and the pages have dried."
Hadith 19
1. Remembering Allah
(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia
(ar-Ra’d:28)
2. Ask for Allah’s help continuously and consistently
Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan suatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(al-Baqarah:153)
3. Allah knows
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Baqarah:152)
4. Keep you chin up and always remember that Allah is always with you
“Dan janganlah kamu merasakan lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apayang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (bersungguh-sungguh) beriman.
(al-Imran:139)
5. For every hardship there is relief
Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan; sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersunguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.
(Al-Insyirah: 6-8)
"O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah. Know that even if the Nation (or the whole community) were to gather together to benefit you with something, they would not benefit you with anything except that which Allah has already recorded for you, and that if they gather together to harm you with something, they would not be able to harm you with anything except that which Allah has already recorded against you. The pens have been lifted and the pages have dried."
Hadith 19
Wednesday, August 25, 2010
Ahlan Ya Ramadhan
Ahlan Ya Ramadhan ^^. Saya tahu, dah terlambat untuk tulis entry ini kerana kita sudah pun berada pada pertengahan bulan Ramadhan. Tetapi saya kira, tidak mengapa selagi kita masih berada dalam bulan Ramadhan.^^
Alhamdulillah, baru sahaja selesai menyertai satu program bersempena dengan bulan Ramadhan ini . Sangat meriah dan mendapat banyak sambutan. Input-input yang diperolehi juga sangat berguna dan bermanfaat walaupun masa yang diperuntukkan sekadar sehari sahaja.
Kuliah subuh pada pagi itu disampaikan oleh Ummu Naufal dan sudah semestinya tidak dapat lari daripada tajuk Ramadhan. Ramadhan telah disyariatkan pada Syaaban 2 Hijrah. Terdapat 4 perkara yang telah disyariatkan Allah kepada rasulNya pada bulan Syaaban itu. Kita juga maklum, ayat-ayat2 madaniah ini terjurus kepada pensyariatan hukum-hakam. Waktu itu, telah diturunkan wahyu untuk
1) berpuasa
2) Perubahan arah kiblat dari masjid Al-Aqsa ke Kaabah
3) Qital (perang badar Kubro)
4) Zakat
Para sahabat dahulu memang tertunggu-tunggu perintah dari Allah. Boleh dikatakan saban hari, ada sahaja sahabat yang bertanya kepada Rasulullah. "wahai Rasulullah, adakah ayat yang telah diturunkan kepadamu?" Hebatnya iman dan kasih sayang mereka terhadap Dia Yang Maha Esa sehingga ternanti-nanti dan tidak sabar-sabar untuk melaksanakan perintah Allah. Kita sendiri menyaksikan, kehebatan iman itulah yang telah mengatasi segalanya. 313 ahli Badar menang bukan kerana kecanggihan senjata, kelengkapan perang mahupun jumlah tentera, bahkan mereka berpuasa ketika itu,tetapi kerana keimanan dan keyakinan mereka yang kental terhadap janji Allah. Lantaran itu jugalah, apabila tibanya perintah untuk berpuasa pada bulan syaaban, tanpa bertangguh-tangguh mereka terus sahaja melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mencontohi roh Ramadhan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. KEMBALIKAN RAMADHAN SEMALAM!
Masing-masing sudah pastinya menanam azam untuk memberikan Ramadhan terbaik pada tahun ini kerana kita tidak pasti, masih ada lagikah peluang untuk kita menjumpai Ramadhan yang mendatang.
Andai kita tahu ini RAMADHAN terakhir,
tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNya,
bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawadhu',
menghamba diri padaNya,
menangisi kecurangan janji,
Takkan siakan walau sesaat kecuali mengalunkan al-Quran
& memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih & belasNya,
Dan..
mempersiap diri menanti Izrail menjemput..
Namun..
kita tidak pernah mengetahui..
Jadi..
Hargai peluang Ramadhan kali ini!!
Sunday, July 4, 2010
FaceBook Layar Luas ^^
Bismillah..
Alhamdulillah setelah selesai oral Biochem, beli buku di "Big Pencil" dan terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di muka pintu, ahli bait tanya, "Cam mana oral?" . "Alhamdulillah, dapat dr. Maha" menjawab sambil tersenyum. Dr.Maha is a kind doctor. Comel and senyum je. Like her. (= Pada mulanya memang agak tension dengan keriuhan bercampur dengan students Arab. Sangat sedih dengan sistem Egyptian yang tidak bersistem. But, at the end, dapat juga turn dan pulang ke rumah. Thanks God ^^
The first thing i do at home, is online! hehe.. rindu nak activate FB balik sebab nak tahu perkembangan kawan-kawan. Just with FB i can still contacting them. Then, mula la buka page kawan2 one by one. Ya Allah, how shocked i am. May Allah give me the strength to face the reality.They are really changes. I felt the responsibility since they are my friends. My beloved friends!
Well, this post is dedicated for us. ^_^
Yes people is change and dalam Islam pun ada mengajarkan dan menganjurkan konsep penghijrahan ini pada zaman Rasulullah dahulu. Well, we are Muslims right? so apa-apa hal pun, mestilah kita kena merujuk kembali kepada murabbi kita, Rasulullah S.A.W. He is the best example that we need to follow, Qudwah hasanah. Tidak salah untuk berubah, kata orang melakukan satu anjakan paradigma. Sememangnya bosan untuk berada di takuk yang lama and do the same rutin. But, pastikan perubahan anda itu menjadikan anda hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini and so on..
As the song at my music player, "ku berlari" and maybe it still play (if you don't close it.hehe but i don't mind about that). Yes, through all of our days, we will keep running to reach our last destiny. The question is where our really final destiny? This is my opinion, lets we take two terms for describing the "destiny". Short term and long term (hehe, mcm physiology pulak).
SHORT TERM..
We assume that our destiny is only in this world. What we have planned with our life. Be the best among the best and beat the rest. Excellent in our study. Committed with our job. Love and care to people whose important in our life.
LONG TERM..
Our destiny is at padang mahsyar sana. Di saat semua pelari-pelari itu akan dikumpulkan and get ready to gain our rewards. Sama ada menjadi golongan yang mendapat buku amalnya dengan tangan kanan atau kiri.
Melihat pada short term. saya rasa ini bukanlah satu destinasi yang terakhir untuk kita gapai. seandainya kita tersesat jalan, kita masih lagi punya peluang untuk memperbetulkannya. kalau kita jatuh, kit amasih boleh untuk bangun kembali. So, jelas ia bukanlah "yang terakhir". We will never late to taubat. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyanyang dan Maha Penyantun. Betapa kita menjauhikan diri daripadaNya tetapi Dia masih lagi membekalkan nikmat kepada kita. Cuba tanya diri, mampukah kita mengawal organ dalaman kita ini? Jantung..salur darah, sistem penghadaman. Semuanya berlaku di luar kawalan kita. Andainya Allah tarik nikmat pacemaker daripada jantung ini (jadi heart tidak dapat pump darah to whole the body), kerana sebentar tadi kita telah meninggalkan solat fardhu so mampukah kita to pump our heart by our own? Janganlah sombong dengan Allah. Banyak sangat nikmat yang kita pinjam daripadaNya. Tidak mampu rasanya untuk hidup tanpa kasih daripada Dia. Yakinlah masih tidak terlambat untuk memperbaiki diri pada waktu ini. Manusia tidak pernah sempurna tetapi manusia itu sentiasa perlu berusaha untuk membuatkan dia sempurna. Analoginya, kita telah gagal dalam peperiksaan akhir tahun (nauzubillah min zalik) tetapi kita masih punya peluang untuk repeat paper. Still have the second chance!
Long term pula lain ceritanya. Waktu ini sudah tiada lagi yang dikatakan sebagai peluang kedua untuk anda. (=. No repeat paper. Ini adalah antara ujian kita dengan Allah. Waktu kaum-kaum kafir merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia dan mereka berjanji untuk menjadi orang-orang yang beriman tetapi Allah katakan kepada mereka, Bukankah dahulu Aku telah mendatangkan seorang Rasul kepadamu? Sudah cukup Allah memberi masa kepada kita. Sudah cukup Al-Quran itu sebagai panduan dan mukjizat daripada Allah. Sudah cukup akal fikiran dikurniakan untuk membezakan yang benar dan salah.Sudah cukup penciptaan langit dan bumi ini untuk membuktikan kekuasaan dan keesaan Allah tetapi kita yang tidak pernah untuk menghargainya dan bersyukur atas nikmatnya. Semoga kita tidak akan menyesali kehidupan kita di dunia apabila kita telah berada di sana. We can't come back to world and correct our mistake anymore on that time.
Malam tadi dengar tazkirah dari ahli bait, persoalan yang dilontarkan. "Apa moto kita sebagai seorang Muslm". Ya, moto sebagai seorang Muslim ialah untuk berjaya dunia akhirat. Makin rasa terpukul dengan tazkirah itu walaupun tampak ringkas tetapi amat mendalam dan bermakna. Jom berusaha untuk merealisasikannya!
Oh, agak panjang dan selepas ini masih ada paper Anatomy. Mohon doa kalian. Minta maaf seandainya terkasar bahasa atau ada yang terasa. Peringatan ini khas untuk diri saya sendiri.Buat sahabat-sahabat,saya sayang antunna. Semoga kita masih dapat berukhuwah hingga ke akhirat. Amin Ya Rabb. Moga Allah redha~
![]() |
~Uhibbuki fillah~ |

Saturday, June 12, 2010
REMINDER FROM A COVER BOOK~
Bismillahirrahmanirrahim..
Sebenarnya, jika diikutkan masa, tidaklah begitu mengizinkan untuk menulis post di blog ini. Masih banyak lagi perkara "penting dan utama" harus diselesaikan. Bersusun list silibus yang harus dikhatamkan. Tetapi hati ini merasa agak kesunyian.Penat menatap paper2 n buku kuliah. Mungkin dengan sedikit perkongsian bersama kalian akan dapat meredakan sedikit kegelisahan hati, sindrome yang biasa menimpa students dekat-dekat nak exam. Banyak dugaan yang harus dihadapi. Tetapi insyaAllah ini ujian dari Allah untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Masing-masing terpaksa berlawan dengan emosi sendiri. Semoga setiap yang membaca blog ini boleh mendoakan penulis dan sahabat lain tenang dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan kelak.. syukran.. Terima kasih (=
Baiklah, pengisian hari ini saya ambil daripada buku kakak senior saya yang digunakan sewaktu memberi tazkirah kepada kami. Terkejut saya apabila tazkirah yang diberikan ini hanyalah diambil daripada cover buku. Kali ni terpaksa tukar pepatah, "judge the book by its cover". Tiba-tiba rasa Mesir ni memang penuh dengan gedung ilmiah,sampaikan cover buku pun dah penuh dengan tazkirah. (=
Tazkirahnya bertajuk : 10 NASIHAT KEPADA SYABAB..
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang ringkas ini & semoga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Wallahua'lam.

- Jangan mensia-siakan waktu kerana itulah yang paling berharga dalam hidup ini.
- Menjaga solat di masjid kerana itu adalah amalan yang disukai oleh Allah
- Menjalinkan silaturrahaim dengan jiran dan anda sepatutnya menjadi "qudwah" bagi mereka.
- Cemerlang dalam pelajaran dan sesungguhnya ketahuilah ilmu itu wajib ke atas kamu.
- Memakai hijab / menjaga aurat terutamanya bagi yang muslimah kerana ianya adalah fardhu.
- Memuliakan tetamu, berbuat baik kepada anak yatim dan juga fakir miskin.
- Jadikanlah segala usaha anda untuk mengislah( memperbaiki) umat.
- Aklhak yang sebenar, jujur adalah kebiasaan bagi mukmin maka jauhilah akhlak yang tidak digariskan oleh Islam.
- Memuliakan guru kerana ianya adalah salah satu bukti keimanan kita terhadap Allah.
- Memntaati kedua ibu bapa dan berbuat baik terhadap mereka kerana redha Allah bersama redha kedua ibu bapa.
- Pemuda yang hidupnya hanyalah untuk kesukaan dan kegembiraan. (mungkin merupakan seorang yang berkerjaya tetapi hidupnya hanya untuk dirinya sahaja)
- Pemuda yang tidak mempunyai tujuan hidup langsung.
- Pemuda yang hidup untuk agamanya & umatNya dan itu lebih banyak daripada kehidupan untuk dirinya sendiri.
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang ringkas ini & semoga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Wallahua'lam.
Thursday, May 27, 2010
thabit kulubana Ya Allah
Ya Muqalibal kulub, thabit kulubana ala dinik..
AMIN..
Setinggi-tinggi pujian bagi Tuhan sekalian alam kerana masih lagi memegang hati ini. Alhamdulillah.. Masih lagi dibangunkan dalam nikmat Islam & iman,mengucapkan 2 kalimah syahadah, Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad pesuruh Allah...
Seriously, 2 minggu sy rindu dekat tafsir saya yang hilang..)= Ouh, how sad I am.. Plus, skrg ni musim exam. Memang kalau boleh nak fokus dekat buku kuliah sahaja, buku-buku ilmiah yang lain diketepikan. Astaghfirullah al azim.. sampai Al-Quran pun tertinggal.Lumrahlah kalau students,nak exam mesti risau kalau banyak lagi yang tidak dibaca, sebab exam inilah yang akan menentukan keputusan kita sama ada lulus atau tidak, layak untuk menaiki tahun atau terpaksa mengulang tahun. Masing-masing menanam azam untuk melakukan yang tebaik. Termasuklah saya.Sebagai manusia biasa, saya akui terkadang kita selalu leka, alpa, lalai, hinggakan syaitan dapat memanupulasikan alasan exam + tafsir yang hilang untuk menjauhkan saya daripada recite The Quran. Ya Allah, lemahnya hambaMu ini dalam menempuh ujian yang sedikit itu. Padahnya, pada diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak rugi sedikit pun.
Saya dapat rasakan sepanjang 2 minggu ini, hati saya terasa kosong.. tanpa pengisian..I'm lost the tranquility.. Itulah yang diakatakan, sebenarnya Al-Quran ini adalah sumber motivasi daripada Illahi. Mukjizat teragung yang ditinggalkan oleh Nabi akhir zaman dan dipelihara oleh Yang Maha Pencipta. Masa exam hari tu pun i don't think I do well but i'm redha is this can make me realize that i'm just a servant of Him, The Almighty.
Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang akan menentukan. Setinggi mana pun usaha kita tanpa disertai tawakal yang kuat kepada Allah tetap tidak akan bermakna. Baru tersedar, apalah sangat exam ni nak dibandingkan dengan "exam" di depan Allah di akhirat kelak. Kenapa pulun bagai nak rak exam kat dunia ni sampai tak tidur malam, terlepas qiam, tertinggal Al-Quran, sedangkan kita tidak pasti sama ada exam pada esok hari itu ada atau tidak. Boleh jadi ia akan ditunda, dan mungkin juga dibatalkan atas alasan-alasan yang tertentu. Namun "exam" dengan Allah itu adalah suatu kepastian, yang tidak akann ditunda walau sedetik atau tidak akan dipercepat walau sesaat. Kenapa terkadang kita sering melupakan "exam" yang itu sedangkan pada waktu itu mungkin malaikat maut sedang mengintai kita. Astaghfirullah.. Kembalikanlahku kepada jalanMu. Hanya redhaMu yang ku mohon.
Benarlah kata-kata, Jika kita kejarkan dunia, akhirat tercicir, tetapi jika kita kejarkan akhirat, InsyaAllah dunia juga akan menyusul..
ØØ³Ø¨Ù‰ الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

Sunday, November 8, 2009
Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Modern

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin
memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam
diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab
dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca
Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum. . Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.
4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang
belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris ana,
5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di
Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)