Ahlan Ya Ramadhan ^^. Saya tahu, dah terlambat untuk tulis entry ini kerana kita sudah pun berada pada pertengahan bulan Ramadhan. Tetapi saya kira, tidak mengapa selagi kita masih berada dalam bulan Ramadhan.^^
Alhamdulillah, baru sahaja selesai menyertai satu program bersempena dengan bulan Ramadhan ini . Sangat meriah dan mendapat banyak sambutan. Input-input yang diperolehi juga sangat berguna dan bermanfaat walaupun masa yang diperuntukkan sekadar sehari sahaja.
Kuliah subuh pada pagi itu disampaikan oleh Ummu Naufal dan sudah semestinya tidak dapat lari daripada tajuk Ramadhan. Ramadhan telah disyariatkan pada Syaaban 2 Hijrah. Terdapat 4 perkara yang telah disyariatkan Allah kepada rasulNya pada bulan Syaaban itu. Kita juga maklum, ayat-ayat2 madaniah ini terjurus kepada pensyariatan hukum-hakam. Waktu itu, telah diturunkan wahyu untuk
1) berpuasa
2) Perubahan arah kiblat dari masjid Al-Aqsa ke Kaabah
3) Qital (perang badar Kubro)
4) Zakat
Para sahabat dahulu memang tertunggu-tunggu perintah dari Allah. Boleh dikatakan saban hari, ada sahaja sahabat yang bertanya kepada Rasulullah. "wahai Rasulullah, adakah ayat yang telah diturunkan kepadamu?" Hebatnya iman dan kasih sayang mereka terhadap Dia Yang Maha Esa sehingga ternanti-nanti dan tidak sabar-sabar untuk melaksanakan perintah Allah. Kita sendiri menyaksikan, kehebatan iman itulah yang telah mengatasi segalanya. 313 ahli Badar menang bukan kerana kecanggihan senjata, kelengkapan perang mahupun jumlah tentera, bahkan mereka berpuasa ketika itu,tetapi kerana keimanan dan keyakinan mereka yang kental terhadap janji Allah. Lantaran itu jugalah, apabila tibanya perintah untuk berpuasa pada bulan syaaban, tanpa bertangguh-tangguh mereka terus sahaja melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mencontohi roh Ramadhan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. KEMBALIKAN RAMADHAN SEMALAM!
Masing-masing sudah pastinya menanam azam untuk memberikan Ramadhan terbaik pada tahun ini kerana kita tidak pasti, masih ada lagikah peluang untuk kita menjumpai Ramadhan yang mendatang.
Andai kita tahu ini RAMADHAN terakhir,
tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNya,
bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawadhu',
menghamba diri padaNya,
menangisi kecurangan janji,
Takkan siakan walau sesaat kecuali mengalunkan al-Quran
& memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih & belasNya,
Dan..
mempersiap diri menanti Izrail menjemput..
Namun..
kita tidak pernah mengetahui..
Jadi..
Hargai peluang Ramadhan kali ini!!