Pages

Thursday, April 29, 2010

A simple post

Oh, it do it again..
wireless  ni asyik tak de je..
kitorg pun tak faham..
Nak kata kitaorg tak bayar sewa, bayar dah..
sampai  3 bulan lagi..
Oh, Mesir.. Mesir..
Always need to be patient..
Kalau tak kena dugaan macam ni, bukan Mesir lah namanya kan..(=
But seriously, im happy at here..
Setiap perkara ada hikmah..
Wireless ni hilang tepat pada masanya
Waktu kitorg nak exam..
Kalau ada wireless mesti tak dapat nak disiplinkan diri baca buku
mesti asyik nak on9 je..
Alhamdulillah...
Allah Maha Merancang..
Buat rakan2 and diri sendiri, Jom struggle for this final exam!!
InsyaAllah
 
تفوقي طاعة لربي      
~KEJAYAAN KU KERANA KETAATAN KEPADA TUHAN KU~   

Saturday, March 27, 2010

Palestine will be free~

Ouh, satu persatu isu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine terpampang di Palestine Info. Tetapi kita hanya sekadar mampu membaca. Kita bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa besar untuk memperbetulkan situasi yang kita sudah sedia maklum tahap penindasannya itu. Namun sekurang-kurangnya kita maasih mempunyai usaha untuk membantu saudara seakidah kita, tanah umat Islam, malah kiblat pertama kita, masjid Al-Aqsa.


Sewaktu Salahuddin Al-Ayubi merasa sedikit ragu untuk membebaskan Palestine dari tangan tentera bersalib, seorang sahabat menasihatkannya, ' Wahai, Salahuddin,Pergilah engkau berdoa untuk kemenangan umat Islam di masjid yang Rasulullah pernah mengimamkan Nabi-nabi terdahulu sewaktu di Isra' dan diMikrajkan" Apakah masjid yang dimaksudkan oleh sahabat itu? Alangkah mulianya masjid itu.. Rasulullah dan para nabi bersolat di dalamnya pada hari yang bersejarah. Masjid yang dimaksudkan ialah MASID AL-AQSA!

Tetapi, cukupkah kita sekadar mengambil tahu tanpa ada sebarang tindakan? Walaupun jarak yang beribu batu memisahkan antara kita dan mereka, namun kita masih lagi boleh memainkan peranan.

1) memboikot

2) sampaikan hakikat isu Palestin kepada masyarakat, mungkin masih ada yang tahu, tetapi tidak peduli.

3) Mendoakan kesejahteraan mereka.

Walaupun usaha-usaha ini Nampak kecil, tetapi insyaAllah memberi makna yang besar. Sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab kita dan mempunyai bukti di hadapan Allah kelak.

Sewaktu ditanya, "ketika saudara seIslam kita ditindas di Palestin,dibunuh,dikejar dengan bom, apakah yang sedang kita lakukan? Adakah kita sedang kenyang dengan hiburan.. cerita-cerita yang melalaikan, makanan- makanan yang lazat?". Sanggupkah kita begitu? Semoga kita dapat mcontohi sii burung pipit di dalam kisah Nabi Ibrahim. Ia berusaha juga memadamkan api yang marak membakar Nabi Allah itu walaupun hanya mampu membawa sedikit air sahaja. Lebih baik kita melakukan sesuata daripada sekdar melihat sahaja.

Rasulullah juga mendoakan sahabat2 yang telah terbunuh sewaktu solatnya. Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. Ada juga hadis yang meriwayatkan, Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan

QUNUT NAZILAH





Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.”

InsyaAllah,Mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat mereka.

.

.

Sunday, February 21, 2010

Palestine will be free

Jom sama2 hayati cerita kat bawah ni.. We are the new generation..



Kita tak rasa seperti apa yang sedang mereka rasai. Kehilangan segala-galanya.. lantaran kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh golongan kuffar.Tetapi sebagai umat Islam kita harus peka dengan perkembangan isu semasa yang berlaku di Palestine kerana kita bersaudara..

Lakukanlah yang terbaik untuk mengangkat kembali maratabat Islam..

"Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar."

(At-Taubah : 111)
Semoga kita berada di kalangan orang yang telah "dibeli" hatinya.. AMIN YA RABB

Saturday, February 20, 2010

Lagu Rasmi~







Lagu Rasmi blog ni jatuh kepada "Dukki Ya Jibal" 

دكي يا جبال
نحن في القمم
اصنعي الرجال
ايقظي الهمم

دكي يا جبال دكي يا جبال

يا جنود الله
سيروا للآمام
في سبيل الله
ينصرنا الرحمن

يا جنود الله 

هيا للجهاد
فتية البلاد
بالعدة والعتاد
 ندخر الفساد

هيا للجهاد

هيا يا اخوان
ندخر الطغيان
بالسيف والقرأن
والزاد والايمان

هيا يا اخوان هيا يا اخوان

It's meaning is.....

Hentaklah Wahai Gunung (da'ei)
 Kami berada di puncak
Sedang membina Rijal ( pemuda & pemudi Islam)
Membangunkan azam

Hentaklah Wahai Gunung (2x)


Wahai tentera-tentera Allah
Bergeraklah maju ke hadapan
Pada jalan Allah
Allah akan bantu kita


Wahai tentera Allah (2x)


Mari berjihad
negara yang muda
dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan
Kita usir segala kefasadan

Mari berjihad (2x)


Marilah Wahai saudara-saudara
Kita usir segala kefasadan
Dengan pedang & al-Quran
Dan dengan kesedian dan keimanan

Marilah wahai saudara-saudara (2x)

Monday, February 8, 2010

Time is your life!!





Bismillahirrahmanirrahim..

“Yeah” seronok sangat tengok semua students Ain Shams dah habis exam 3 Feb yang lalu..
Sekarang ni kite berada di zon “utlah” ya’ni, cuti..

Mesti time before habis exam anat tu, semua orang dah ade perancangan masing2 di dalam kotak pemikiran. Sambil jawab exam sambil terbayang perkara2, aktiviti2 yang nak dibuat selepas ini… Ada yang pulang ke Malaysia, jaulah ke Turki.. Jordan.. lagi2 jordan dah turun salji dan ada jugak yang ke Sinai. Apa2 pun saya harapkan kita semua dapat manfaatkan waktu cuti ni dengan sebaik-baiknya dan bukannya hanya dengan tidur..dan tidur dan tidur…dan juga tengok movie..ok? (~_^)

Alhamdulillah bersyukur sebab diberikan kesedaran tentang masa pada Daurah Musim Syita’ yang diadakan di Ain Jalut tempoh hari.. Terima kasih sangat2 kepada pembentang2 yang banyak mmenyampaikan ilmu sehingga memberikan kesedaran kepada sanubari ini. Kat sini nak kongsi sikit apa yang saya dapat..(=

Penekanan waktu dr 3 aspek:-

a) Al-Quran :

Surah Al-Asr, surah Al-Dhuha, surah Al-syams semuanya bersumpah demi masa.
Apabila Allah telah bersumpah mengenai sesuatu pastinya sesuatu itu pentingkan.

Ok, tengok dr segi

b) al-Sunnah (hadis)

Sabda Rasulullah S.A.W. , 4 soalan yang akan ditanya di akhirat kelak

1) masa muda
2) harta
3) ilmu
4) umur

Perasan tak.. Rasulullah menyebutkan mengenai masa sampai 2 kali..
Masa mudanya dan umurnya.. Merupakan perkara yang sama. Kenapa masa muda? Sebab pada waktu mudalah kita banyak energy, banyak perancangan yang boleh kita lakukan untuk pembangunan ummah. Cuba kita imbau kembali sejarah pemimpin2 Islam dahulu. Sultan Muhammad Al-Fateh, Zaid bin Harithah semuanya bergiat aktif dalam pembangunan Islam sewaktu mereka remaja lagi.. diawal usia 20-an. Bagaiman boleh lahirnya nama-nama agung seperti Salahuddin al-ayubi, Ibn Sina, Imam Shafie, Imam Malik dan sebagainya? Semuanya kerana mereka memanfaatkan masa muda mereka dgn sebaik-baiknya dan menjauhi perkara2 yang lagha..

Ingatkah kita pada kata2 Imam Shafie?


شكاوت الى واكع سوئ الحفظ وارشدني لترك معاسي فاخبرني بان العلما نورا
و النور الله لا يحدى للعاصي




“Aku mengadu kepada guruku.. Buruknya hafalanku..dan dia menasihatkan aku, jauhilah maksiat. Sesungguhnya ilmu itu Nur (cahaya ) dan Nur Allah takkann datang kepada orang2 yang membuat maksiat”

Jika kita imbau dan imbau lagi sejarah, satu kisah yang popular dan pernah juga diulang tayangkan di televisyen tetapi dalam versi yang modern.. Kisah Nabi Yusof dan Zulaikha..

Bagaimana si Zulaikha yang jelitawan dan hartawan, isteri kepada amirul Aziz itu boleh terfikir untuk menggoda anak angkatnya, Nabi Yusof A.S.? Sedangkan suaminya terlalu menyanyanginya dan segala kemewahan telah diberikan kepada Zulaikha dan dia tidak perlu bersusah-payah untuk bekerja. Nah, ini semua kerana masa lapang, masa kosong yang terlalu banyak dimiliki oleh Zulaikha hinggakan syaitan berjaya memesongkan pemikirannya kepada perkara2 yang lagha. Kalau tidak percaya, sila uji fakta ini kepada diri sendiri. Renung balik, jika kita mempunyai kelapangan, kebanyakkannya apa yang kita fikirkan? Adakah masalah ummah? Isu Palestin? Sejarah pemimpin2 terdahulu? Tepuk dada Tanya iman.. (~_^)

c) Dari segi Syiar Islam

Telah ditetapkan solat 5 waktu pada masa-masa yang tertentu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Jika kita melewatkan solat kita, mungkin akan masuk waktu yang lain pula. Sah-sah menunjukkan yang kita harus menjadi punctual dan
حريص على وقته maksudnye, BENAR-BENAR menjaga waktu. Digunakan perkataan ‘ حريص’ menunjukkan mubalaghah iaitu penggunaan teramat. Sangat-sangat menjaga masa..

Kata orang, tak kenal, maka tak cinta..so, jom kita kenal cirri-ciri masa.. (masa pun ade character la, so, jgn pandang enteng..)

1)CEPAT BERLALU(sekarang ni pun, 1 saat anda tlh berlalu.)
2)TIDAK AKAN BERULANG (you will never gain your past time)
(yang tua takkan dapat jadi muda kembali eventhough you use the buttock but your age also same)
3)BERNILAI ( semua orang tak dapat nak jual beli masa, tapi emas dan berlian tetap boleh)



Satu kisah, Malaikat pernah bertanya kepada Nabi Nuh yang telah hidup lebih kurang selama 995 tahun..

Malaikat: Apa pandangan kamu wahai Nabi Nuh setelah hidup sekian lama di dunia ini?

Dan Nabi Nuh menjawab,

Nabi Nuh: Aku rase dunia ini ibaratkan hanya ada 2 pintu sahaja. Aku masuk menggunakan pintu di belakang dan aku keluar kembali di pintu hadapan.

Kisah ini menunjukkan, walaupun nabi Nuh telah hidup selama hampir 1 abad, tetapi dirasakan kehidupan di dunia ini, bgitu ringkas dan sekejap sekali.. Masuk ikut pintu belakang, dan keluar ikut pintu hadapan..

Sahabat, hargailah masa yang ada.. Susunlah jadual hidup kita. Pastikan hadaf kita tidak berakhir hanya di dunia. Manfaatkanlah setiap peluang yang datang untuk berkhidmat demi agama dan bangsa. Ingatlah, setiap nafas kita ini dimiliki oleh Allah. Kita hanya peminjam. Jika Allah menginginkannya kembali, maka datanglah Malaikat Izrail mencabut nyawa. Kematian itu di mana-mana sahaja. Hatta sewaktu bermain bola sepak. Masanya mungkin tidak pasti, tetapi kejadiannya itu SUDAH MESTI..Kullu Nafsin Zaikatul maut Wallahua’lam..

Sunday, February 7, 2010

Choose your way

Assalamualaikum.. Here, something gorgeous to share with all of you..
hope we will think about it deeply..
Just choose your own way and what you like to be..
hope we will not regret with the way had we create..