Pages

Wednesday, August 25, 2010

Ahlan Ya Ramadhan


Ahlan Ya Ramadhan ^^. Saya tahu, dah terlambat untuk tulis entry ini kerana kita sudah pun berada pada pertengahan bulan Ramadhan. Tetapi saya kira, tidak mengapa selagi kita masih berada dalam bulan Ramadhan.^^

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menyertai satu program bersempena dengan bulan Ramadhan ini . Sangat meriah dan mendapat banyak sambutan. Input-input yang diperolehi juga sangat berguna dan bermanfaat walaupun masa yang diperuntukkan sekadar sehari sahaja.

Kuliah subuh pada pagi itu disampaikan oleh Ummu Naufal dan sudah semestinya tidak dapat lari daripada tajuk Ramadhan. Ramadhan telah disyariatkan pada Syaaban 2 Hijrah. Terdapat 4 perkara yang telah disyariatkan Allah kepada rasulNya pada bulan Syaaban itu. Kita juga maklum, ayat-ayat2 madaniah ini terjurus kepada pensyariatan hukum-hakam. Waktu itu, telah diturunkan wahyu untuk
1) berpuasa
2) Perubahan arah kiblat dari masjid Al-Aqsa ke Kaabah
3) Qital (perang badar Kubro)
4) Zakat

Para sahabat dahulu memang tertunggu-tunggu perintah dari Allah. Boleh dikatakan saban hari, ada sahaja sahabat yang bertanya kepada Rasulullah. "wahai Rasulullah, adakah ayat yang telah diturunkan kepadamu?" Hebatnya iman dan kasih sayang mereka terhadap Dia Yang Maha Esa sehingga ternanti-nanti dan tidak sabar-sabar untuk melaksanakan perintah Allah. Kita sendiri menyaksikan, kehebatan iman itulah yang telah mengatasi segalanya. 313 ahli Badar menang bukan kerana kecanggihan senjata, kelengkapan perang mahupun jumlah tentera, bahkan mereka berpuasa ketika itu,tetapi kerana keimanan dan keyakinan mereka yang kental terhadap janji Allah. Lantaran itu jugalah, apabila tibanya perintah untuk berpuasa pada  bulan syaaban, tanpa bertangguh-tangguh mereka terus sahaja melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mencontohi roh Ramadhan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. KEMBALIKAN RAMADHAN SEMALAM!
    
Masing-masing sudah pastinya menanam azam untuk memberikan Ramadhan terbaik pada tahun ini kerana kita tidak pasti, masih ada lagikah peluang untuk kita menjumpai Ramadhan yang mendatang.

Andai kita tahu ini RAMADHAN terakhir,
tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNya,
bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawadhu',
menghamba diri padaNya,
menangisi kecurangan janji,
Takkan siakan walau sesaat kecuali mengalunkan al-Quran
& memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih & belasNya,
Dan..
mempersiap diri menanti Izrail menjemput..
Namun..
kita tidak pernah mengetahui..
Jadi..
Hargai peluang Ramadhan kali ini!!

Friday, August 6, 2010

~Wakeup~

           Alhamdulillah,summa (kemudian) alhamdulillah, summa alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan pada yang Haq, Allah S.W.T. atas segala nikmat yang telah diberikanNya.Moga diri ini tidak lalai dan leka dengan kesenangan yang telah dikurniakan. Sudah lebih daripada 2 minggu berada di Malaysia, dan saya rasa masih tidak mampu untuk memanfaatkan waktu sebaik mungkin. Tittle bercuti itu membuatkan rasa nak berseronok je. Memang tidak patut,sedangkan alwajibat kasirun min alwakt (tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada). Akan cuba menyusun kembali jadual, insyaAllah. Ingin persiap diri untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjengah. Actually, lap top ada sedikit masalah teknikal, jadi tidak dapat untuk menaip panjang,cuma memohon doa sahabat agar saya tetap thabat. Suasana di Mesir dan Malaysia memang berbeza. Rindu dgn suasana & ahli bait Ain Jalut.^^ Moga istiqamah.(kata2 ini ditujukan khas buat diri sendiri)                                                                                                                 p/s:perbaikilah diri kamu, dan kemudian serulah kepada orang lain ^^

Monday, July 5, 2010

carpal tunnel surgery live

Carpal Tunnel. Rasa macam burning pain ( kena cucuk dengan needle @ pin). Disebabkan oleh compression of median nerve as it pass through the tunnel (area dekat flexor retinaculum tu). so, bile berlakunya thickness of synovial sheath ke ataupun arthiritis (radang pada sendi) akan menyebabkan median nerve kita ditekan. thats make the pain. The way to recover from it by cut your flexor retinaculum longitudinally as what the surgeon did. eiuwh, tapi ade rasa ngilu jugak tengok dia cut macam tu. (= Apa-apa pun sama-sama doakan kesihatan kita, "Allahumma a'fini fi badani, Allahumma a'fini fi sami', Allahumma a'fini fi basori" "Ya Allah sihatkanlah tubuh badan kami, sihatkanlah penglihatan kami dan sihatkanlah pendengaran kami" . sentiasa hargai nikmat sihat ni. 5 perkara sebelum datagnya 5 perkara. Don't waste your time, STUDY!! hehe

Sunday, July 4, 2010

FaceBook Layar Luas ^^

Bismillah..


~Uhibbuki fillah~


    Alhamdulillah setelah selesai oral Biochem, beli buku di "Big Pencil" dan terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di muka pintu, ahli bait tanya, "Cam mana oral?" . "Alhamdulillah, dapat dr. Maha" menjawab sambil tersenyum. Dr.Maha is a kind doctor. Comel and senyum je. Like her. (= Pada mulanya memang agak tension dengan keriuhan bercampur dengan students Arab. Sangat sedih dengan sistem Egyptian yang tidak bersistem. But, at the end, dapat juga turn dan pulang ke rumah. Thanks God ^^

    The first thing i do at home, is online! hehe.. rindu nak activate FB balik sebab nak tahu perkembangan kawan-kawan. Just with FB i can still contacting them. Then, mula la buka page kawan2 one by one. Ya Allah, how shocked i am. May Allah give me the strength to face the reality.They are really changes. I felt the responsibility since they are my friends. My beloved friends!
 Well, this post is dedicated for us. ^_^

    Yes people is change and dalam Islam pun ada mengajarkan dan menganjurkan konsep penghijrahan ini pada zaman Rasulullah dahulu. Well, we are Muslims right? so apa-apa hal pun, mestilah kita kena merujuk kembali kepada murabbi kita, Rasulullah S.A.W. He is the best example that we need to follow, Qudwah hasanah. Tidak salah untuk berubah, kata orang melakukan satu anjakan paradigma. Sememangnya bosan untuk berada di takuk yang lama and do the same rutin. But, pastikan perubahan anda itu menjadikan anda hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini and so on..

      As the song at my music player, "ku berlari" and maybe it still play (if you don't close it.hehe but i don't mind about that). Yes, through all of our days, we will keep running to reach our last destiny. The question is where our really final destiny? This is my opinion, lets we take two terms  for describing the "destiny". Short term and  long term (hehe, mcm physiology pulak).

SHORT TERM..
   We assume that our destiny is only in this world. What we have planned with our life. Be the best among the best and beat the rest. Excellent in our study. Committed with our job. Love and care to people whose important in our life.

LONG TERM..
  Our destiny is at padang mahsyar sana. Di saat semua pelari-pelari itu akan dikumpulkan and get ready to gain our rewards. Sama ada menjadi golongan yang mendapat buku amalnya dengan tangan kanan atau kiri.

    Melihat pada short term. saya rasa ini bukanlah satu destinasi yang terakhir untuk kita gapai. seandainya kita tersesat jalan, kita masih lagi punya peluang untuk memperbetulkannya. kalau kita jatuh, kit amasih boleh untuk bangun kembali. So, jelas ia bukanlah "yang terakhir". We will never late to taubat. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyanyang dan Maha Penyantun. Betapa kita menjauhikan diri daripadaNya tetapi Dia masih lagi membekalkan nikmat kepada kita. Cuba tanya diri, mampukah kita mengawal organ dalaman kita ini? Jantung..salur darah, sistem penghadaman. Semuanya berlaku di luar kawalan kita. Andainya Allah tarik nikmat pacemaker daripada jantung ini (jadi heart tidak dapat  pump darah to whole the body), kerana sebentar tadi kita telah meninggalkan solat fardhu so mampukah kita to pump our heart  by our own? Janganlah sombong dengan Allah. Banyak sangat nikmat yang kita pinjam daripadaNya. Tidak mampu rasanya untuk hidup tanpa kasih daripada Dia. Yakinlah masih tidak terlambat untuk memperbaiki diri pada waktu ini. Manusia tidak pernah sempurna tetapi manusia itu sentiasa perlu berusaha untuk membuatkan dia sempurna. Analoginya, kita telah gagal dalam peperiksaan akhir tahun (nauzubillah min zalik) tetapi kita masih punya peluang untuk repeat paper. Still have the second chance!

     Long term pula lain ceritanya. Waktu ini sudah tiada lagi yang dikatakan sebagai peluang kedua untuk anda. (=. No repeat paper. Ini adalah antara ujian kita dengan Allah. Waktu kaum-kaum kafir merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia dan mereka berjanji untuk menjadi orang-orang yang beriman tetapi Allah katakan kepada mereka, Bukankah dahulu Aku telah mendatangkan seorang Rasul kepadamu? Sudah cukup Allah memberi masa kepada kita. Sudah cukup Al-Quran itu sebagai panduan dan mukjizat  daripada Allah. Sudah cukup akal fikiran dikurniakan untuk membezakan yang benar dan salah.Sudah cukup penciptaan langit dan bumi ini untuk membuktikan kekuasaan dan keesaan Allah tetapi kita yang tidak pernah untuk menghargainya dan bersyukur atas nikmatnya. Semoga kita tidak akan menyesali kehidupan kita di dunia apabila kita telah berada di sana. We can't come back to world and  correct our mistake anymore on that time.

     Malam tadi dengar tazkirah dari ahli bait, persoalan yang dilontarkan. "Apa moto kita sebagai seorang Muslm". Ya, moto sebagai seorang Muslim ialah untuk berjaya dunia akhirat. Makin rasa terpukul dengan tazkirah itu walaupun tampak ringkas tetapi amat mendalam dan bermakna. Jom berusaha untuk merealisasikannya!



   
     Oh, agak panjang dan selepas ini masih ada paper Anatomy. Mohon doa kalian. Minta maaf seandainya terkasar bahasa atau ada yang terasa. Peringatan ini khas untuk diri saya sendiri.Buat sahabat-sahabat,saya sayang antunna. Semoga kita masih dapat berukhuwah hingga ke akhirat. Amin Ya Rabb. Moga Allah redha~

Thursday, June 24, 2010

shaytan's biggest trick - nouman ali khan

Sekarang adalh minggu imtihan bagi pelajar Ain Shams. insyaAllah akan berlanjutan sehingga sebulan. Alhamdulillah telah selesai 2 madah pada pagi tadi, English and Human right. Lega sedikit tekanan. (=
Kemudian, selepas ini akan menyusul pula exams for the main subjects, Physiology, Biochemistry, Anatomy and Histology. Pohon doa semua. Adakah selama sebulan ini juga,blog saya akan turut bercuti?
insyaAllah cuba untuk berkongsi jika ada sebarang kelapangan. ^_^


Terjumpa talk dari saudara Nouman Ali Khan di dalam youtube tadi dan rasa sangat menarik untuk dikongsi di sini. Memohon kemaafan. Jangan bertunda. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mohonlah padaNya. Biar kita menyesal sekarang, tapi yang penting bukan di akhirat kelak. Sesunggugnya syaitan laknatullah memang penuh tipu daya untuk menyesatkan kita. Can hear more from this video.

Saturday, June 12, 2010

REMINDER FROM A COVER BOOK~

Bismillahirrahmanirrahim..

          Sebenarnya, jika diikutkan masa, tidaklah begitu mengizinkan untuk menulis post di blog ini. Masih banyak lagi perkara  "penting dan utama" harus diselesaikan. Bersusun list silibus yang harus dikhatamkan. Tetapi hati ini merasa agak kesunyian.Penat menatap paper2 n buku kuliah. Mungkin dengan sedikit perkongsian bersama kalian akan dapat meredakan sedikit kegelisahan hati, sindrome yang biasa menimpa students dekat-dekat nak exam. Banyak  dugaan yang harus dihadapi. Tetapi insyaAllah ini ujian dari Allah untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Masing-masing terpaksa berlawan dengan emosi sendiri. Semoga setiap yang membaca blog ini boleh mendoakan penulis dan sahabat lain tenang dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan kelak.. syukran.. Terima kasih (=

          Baiklah, pengisian hari ini saya ambil daripada buku kakak senior saya yang digunakan sewaktu memberi tazkirah kepada kami. Terkejut saya apabila tazkirah yang diberikan ini hanyalah diambil daripada cover buku. Kali ni terpaksa tukar pepatah, "judge the book by its cover". Tiba-tiba rasa Mesir ni memang penuh dengan gedung ilmiah,sampaikan cover buku pun dah penuh dengan tazkirah. (=



Tazkirahnya bertajuk : 10  NASIHAT KEPADA SYABAB..

  • Jangan mensia-siakan waktu kerana itulah yang paling berharga dalam hidup ini.
  • Menjaga solat di masjid kerana itu adalah amalan yang disukai oleh Allah
  • Menjalinkan silaturrahaim dengan jiran dan anda sepatutnya menjadi "qudwah" bagi mereka.
  • Cemerlang dalam pelajaran dan sesungguhnya ketahuilah ilmu itu wajib ke atas kamu.
  • Memakai hijab / menjaga aurat terutamanya bagi yang muslimah kerana ianya adalah fardhu.
  • Memuliakan tetamu, berbuat baik kepada anak yatim dan juga fakir miskin.
  • Jadikanlah segala usaha anda untuk mengislah( memperbaiki) umat.
  • Aklhak yang sebenar, jujur adalah kebiasaan bagi mukmin maka jauhilah akhlak yang tidak digariskan oleh Islam.
  • Memuliakan guru kerana ianya adalah salah satu bukti keimanan kita terhadap Allah.
  • Memntaati kedua ibu bapa dan berbuat baik terhadap mereka kerana redha Allah bersama redha kedua ibu bapa.
syabab iaitu pemuda, boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :-

  1. Pemuda yang hidupnya hanyalah untuk kesukaan dan kegembiraan. (mungkin merupakan seorang yang berkerjaya tetapi hidupnya hanya untuk dirinya sahaja)
  2. Pemuda yang tidak mempunyai tujuan hidup langsung.
  3. Pemuda yang hidup untuk agamanya & umatNya dan itu lebih banyak daripada kehidupan untuk dirinya sendiri.
         Mengambil kata-kata pemimpin Indonesia, "Berikanlah aku 10 orang pemuda nescaya akan ku gegarkan dunia". Hanya 10 orang pemuda dapat menggegarkan dunia? Yakinlah, seandainya seorang pemuda/ pemudi itu dicorak dengan acuan yang benar, berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah  mengikut jejak langkah para sahabat, tidak mustahil kita mampu menghasilkan 10 orang pemuda seperti Salahuddin Al-Ayubi @ Sultan Muhd Al-Fateh.  Sultan Muhd Al-Fateh telah berjaya untuk membebaskan kota Constantinople pada usia dalam 20 an, ada yang mengatakan pada usia 22 tahun. Bagindalah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah "Sebaik- baik raja & sebaik-baik tentera." iaitu, seorang PEMUDA.

         Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang ringkas ini & semoga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Wallahua'lam.

Friday, June 4, 2010

Heart Bypass Surgery (CABG)

Coronary bypass sugery or coronary bypass graft. Usually due to coronary artery that supply the heart was narrowed or known as artheroscelorosis. Coronary blood vessel is one of the special artery and it was charactered as less anastomosing. Therefore increase its percentage to have artheroscelorosis that can cause death.

Our vessel is variable. Can be either constrict or dilate. Otherwise increase in cardiac work, will increase the metabolite such as CO2 , H , ADP, K (pottasium) and so, the vessel will become vasodilatation to increase the blood flow for ensure enough O2 supply for heart consumption. There were many factors that influence coronary blod flow. Chemical, autoregulation, neural and reflec. All of that will regulate blood vessel radius according the requirement of the heart. Subahanallah, how complete our God create us. When something happen to us, there were other system that can back up. Alhamdulillah, all praise be to God.

By the way, in this surgery, the surgeon can take saphenous vein of our lower limb to make the new pathway for blood supply to heart. Just a few information and sharing. Wallahu'alam.