Pages

Saturday, October 17, 2009

Ukhuwah bertaut, Iman melaut..



Sahabat yg bersama susah dan senang


Kali ni nak kongsi suatu cerita yang sangat touching. Mengenai ukhuwwah.. Mahabbah lillah hi taala. Bak kata naqibah saya, sekarang ni susah sangat nak cari orang yang berukhuwwah kerana Allah Taala. Kebanyakkannye berukhuwwah kerana kepentingan diri, tak nak diri mereka sunyi, untuk bergosip dan sebagainya . Nauzubillah min zalik. Semoga diri ini diberi hidayah untuk menjadi insan yang menyanyangi sahabatnya kerana kecintaannya kepada Allah. Hadis Nabi ada meriwayatkan di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan di Akhirat kelak, di saat tiada siapa yang layak memberikan naungan melainkan Allah Yang Maha Esa, ialah golongan yang berkasih-sayang semata-mata lillah hi Taala.

Kalau kita buka lembaran sejarah, antara kisah yang paling popular mengenai ukhuwah ini, adalah cerita 3 orang sahabat yang di dalam medan perang. Walaupun telah cedera dan kehausan tetapi kerana cintanya kepada sahabat, masih lagi mementingkan para sahabatnya. Si A menyuruh memberikan minuman kepada Si B terlebih dahulu, si B pula mendahulukan si C apabila mendengar si C mengerang kesakitan. Dan Si C juga mengalah demi sahabatnya, agar air itu diberikan kepada Si A. Tetapi apabila tukang pembawa air itu pergi kepada Si A, didapati sahabat itu telah pun syahid.Kemudian pergi kepada si B,si B juga telah menemui nasib yang sama dan begitu juga dengan si C. Begitu tingginya pengorbanan seorang sahabat.

Jika kita telusuri, kunci sebenar kekuatan umat Islam pada suatu ketika dahulu sehingga berjaya menguasai 2/3 dunia ialah ukhuwah, kesatuan umat Islam pada waktu itu. Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebaik sahaja selamat berhijrah ke Madinah, ialah mempersaudarakan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Lihat betapa pentingnya persaudaraan itu sehingga dijadikan perkara pertama yang dilaksanakan oleh Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W. Bayangkan, mana mungkin islam itu akan tersebar sehingga kini seandainya tiada perasaan mahabbah antara golongan ansar dan muhajirrin pada waktu itu. Mereka tidak mungkin dapat tinggal di bawah satu bumbung seandainya ada perasaan dengki di kalangan mereka. Tetapi subahanallah, Maha Suci Allah yang ingin menjaga agamanya, mengurniakan mereka perasaan kasih dan sayang sehingga golongan ansar ini sanggup berkongsi apa sahaja dan mengalah kepada golngan muhajirin. Sanggup memberi rumah, harta malah isteri mereka sendiri lantaran cintanya kepada saudara berasaskan keimanan dan ketakwaan. Keruntuhan dan kejatuhan kegemilangan umat Islam itu pula berpunca apabila umat islam saling berpecah. Zaman Saidina Ali,telah bermulanya perpecahan antara umat Islam sehingga umat Islam itu terbahagi kepada beberapa puak.. Puak syiah, khazraj dan sebagainya sehingga membawa kepada kes pembunuhan Saidina Ali. Jadi, benarlah kata pepatah Melayu, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Ingat lagi sebuah cerita yang disampaikan oleh naqibah saya,kisah beberapa orang sahabat.Mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama . Suatu hari, salah seorang daripada mereka kelihatan murung dan seperti mempunyai masalah, sudah jarang untuk meluangkan masa bersama.. Rupa-rupanya sahabat ini tadi telah mengalami masalah kewangan. Maka,sahabat-sahabatnya yang lain itu pun pergilah menziarahi beliau di rumahnya dan mereka berborak-borak seperti biasa. Bertanya khabar dan bercerita mengenai isu-isu semasa, tetapi tiada seorang pun yang ingin menanyakan masalah kewangan yang telah dihadapi oleh sahabat itu tadi. Tiada siapa yang ingin melontarkan soalan “bagaimana dengan masalah kewangan kamu ?Boleh kami bantu?”. Mereka bercerita dan bergelak ketawa ibaratkan sahabat ini tadi tidak mempunyai sebarang masalah.Setelah lama menziarah, sahabat-sahabat ini pun pulanglah ke rumah masing-masing. Dan sahabat yang sebagai tuan rumah itu tadi pun mengemaskanlah tempat duduk yang telah diduduki oleh sahabat-sahabatnya itu. Sewaktu beliau menggulungkan tikar yang telah diduduki oleh sahabat-sahabatnya itu, dia dapati banyak sangat duit yang ada di bawah tikar itu. Dalam diam-diam rupa- rupanya, setiap sahabat menyelitkan duit di bawah tikar yang mereka duduki. Mereka tidak bertanya kerana takut membuka aib sahabatnya itu. Mereka tidak bertanya kerana mereka ikhlas untuk membantu. Alangkah mulianya hati seorang sahabat! Kepada sahabat-sahabat saya sekalian, walaupun kita telah memilih haluan masing-masing dan berjauhan tetapi saya harapkan semoga doa kita saling mengiringi…