Pages

Friday, November 20, 2009

Our Home Name, AIN JALUT

Sekarang ni, dah nak akhir tahun. Semua orang dah get ready untuk bercuti, terutamanya buat adik2 yg masih bersekolah ( teringat dekat anak-anak buah). Kiteorang pula baru saja nak memulakan periksa fasa yang pertama, 1st block assessment, (merupakan ujian dalam bentuk kuiz) setelah 7 minggu menuntut ilmu di Ain Shams ini. Walaupun sekadar kuiz ,but this mark will carried to the final exam. Jadinya, kiteorg kena buat betul-betul! InsyaAllah.


Tetapi setelah penat membelek-belek buku kuliah, tetiba terasa pula nak menulis dekat dlm blog yang dah lama tak berupdate ini. Saya harapkan di kesempatan ini saya dapat kongsikan satu ilmu atau cerita yang dapat memberikan manfaat kepada diri saya dan kalian.


Kisah Ain Jalut. Sebenarnya saya sendiri baru tahu mengenai peristiwa peperangan yang hebat ini. Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.


Bermula dari usaha untuk mencari nama bagi rumah sewa baru kami. Pelbagai nama dicadangkan, akhirunya kami bersetuju untuk memilih nama “Ain Jalut” atas cadangan,Kakak Rai dan atas kisah yang tersingkap di sebalik nama ini...


Ain Jalut merupakan nama sebuah tempat di Palestin. Untuk diringkaskan cerita, pada zaman kejatuhan khalifah Abbasiyyah. Tentera Mongul ataupun tentera TAtar begitu unggul memerangi umat Islam. Dari satu ke satu tanah Islam jatuh ke tangan mereka. Kekejaman dan kekerasan mereka amat digeruni sehinggakan ada yang mengatakan, “ Baiklah bagi tentera Mongul itu bermabuk-mabukkan daripada sedar, kerana apabila mereka sedar, mereka akan membunuh orang Islam. Seolah-olah pembunuhan itu adalah hobi buat mereka dan telah sebati dengan diri mereka. Pada waktu itu umat Islam sangat takut dan tidak berani untuk melawan. Diceritakan, seorang tentera Mongul berjalan-jalan dan terjumpa dengan seorang pemuda Islam. Tentera itu ingin membunuh pemuda tersebut tetapi dia terlupa untuk membawa parang. Lalu diarahkan pemuda itu tadi menundukkan kepalanya ke tanah dan tunggu sehingga dia datang kembali kerana dia inign mengambil pedang. Lalu, percaya atau tidak, kerana takutnya pemuda itu tadi, dia menuruti arahan tentera Mongul tersebut! untuk menuggu sehingga kedatangannya! Lantas setelah tentera itu datang, dia pun membunuh pemuda tersebut. Dalam waktu itu umat Islam telah hilang keyakinan untuk kembali bangkit menetang mereka, sehinggakan ramai Raja-Raja Islam yang menghulurkan tangan persaudaraan kepada kerajaan Mongul semata- mata untuk mendapatkan perlindungan.

Tetapi Alhamdulillah, kekuatan umat Islam itu akhirnya bangkit setelah kejatuhan umat Islam. Lahirnya seorang pemipin yang berwibawa seperti Salahuddin Al Ayubi, iaitu Saifudin Qutuz. Walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan bumi MEsir namun beliau mampu untuk menyatukan kembali umat Islam yang berpecah belah pada waktu itu, bersama-sama menghadapi serangan tentera tatar yang mabukkan darah umat Islam. Qutuz melakukan perkara yang tidak dijangkakan,iaitu mereka dahulu yang memulakan serangan dan bukannya menuggu dan bertahan di mesir. Hal ini kerana kemungkinan untuk kalah itu lebih besar.Maka tempat yang dipilh ialah Ain Jalut berdekatan juga dengan Al-Aqsa kerana keadaan geografinya yang berbukit-bukit dan sesuai untuk perlindungan. Dengan stategi yang dirancang oleh qutuz dan pahlawan-pahlawan Islam pada waktu itu, Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada umat Islam. Siapa sangka tentera tatar yang kononya dahulu gagah sehingga tidak mempu dikalahkan oleh mana-mana pihak,telah mengalami kekalahan yang amat teruk dalam tangan umat Islam. Selepas daripada peperangan itu, setiap peperangan yang dihadapi oleh Tentera Tatar mengalami kekalahan. Wallahu’alam. Serba sedikit yang dapat saya sampaikan. Sebenarnya cerita ini masih terlalu panjang untuk dihuraikan. Oleh itu untuk mengetahui ceritanya secara detail, bolehlah cari di blog ust Fauzi Asmuni, satuperkongsian.wordpress.com.

Sunday, November 8, 2009

Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Modern




Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin
memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam
diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab
dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca
Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum. . Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang
belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris ana,

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di
Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

Saturday, October 17, 2009

Ukhuwah bertaut, Iman melaut..



Sahabat yg bersama susah dan senang


Kali ni nak kongsi suatu cerita yang sangat touching. Mengenai ukhuwwah.. Mahabbah lillah hi taala. Bak kata naqibah saya, sekarang ni susah sangat nak cari orang yang berukhuwwah kerana Allah Taala. Kebanyakkannye berukhuwwah kerana kepentingan diri, tak nak diri mereka sunyi, untuk bergosip dan sebagainya . Nauzubillah min zalik. Semoga diri ini diberi hidayah untuk menjadi insan yang menyanyangi sahabatnya kerana kecintaannya kepada Allah. Hadis Nabi ada meriwayatkan di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan di Akhirat kelak, di saat tiada siapa yang layak memberikan naungan melainkan Allah Yang Maha Esa, ialah golongan yang berkasih-sayang semata-mata lillah hi Taala.

Kalau kita buka lembaran sejarah, antara kisah yang paling popular mengenai ukhuwah ini, adalah cerita 3 orang sahabat yang di dalam medan perang. Walaupun telah cedera dan kehausan tetapi kerana cintanya kepada sahabat, masih lagi mementingkan para sahabatnya. Si A menyuruh memberikan minuman kepada Si B terlebih dahulu, si B pula mendahulukan si C apabila mendengar si C mengerang kesakitan. Dan Si C juga mengalah demi sahabatnya, agar air itu diberikan kepada Si A. Tetapi apabila tukang pembawa air itu pergi kepada Si A, didapati sahabat itu telah pun syahid.Kemudian pergi kepada si B,si B juga telah menemui nasib yang sama dan begitu juga dengan si C. Begitu tingginya pengorbanan seorang sahabat.

Jika kita telusuri, kunci sebenar kekuatan umat Islam pada suatu ketika dahulu sehingga berjaya menguasai 2/3 dunia ialah ukhuwah, kesatuan umat Islam pada waktu itu. Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebaik sahaja selamat berhijrah ke Madinah, ialah mempersaudarakan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Lihat betapa pentingnya persaudaraan itu sehingga dijadikan perkara pertama yang dilaksanakan oleh Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W. Bayangkan, mana mungkin islam itu akan tersebar sehingga kini seandainya tiada perasaan mahabbah antara golongan ansar dan muhajirrin pada waktu itu. Mereka tidak mungkin dapat tinggal di bawah satu bumbung seandainya ada perasaan dengki di kalangan mereka. Tetapi subahanallah, Maha Suci Allah yang ingin menjaga agamanya, mengurniakan mereka perasaan kasih dan sayang sehingga golongan ansar ini sanggup berkongsi apa sahaja dan mengalah kepada golngan muhajirin. Sanggup memberi rumah, harta malah isteri mereka sendiri lantaran cintanya kepada saudara berasaskan keimanan dan ketakwaan. Keruntuhan dan kejatuhan kegemilangan umat Islam itu pula berpunca apabila umat islam saling berpecah. Zaman Saidina Ali,telah bermulanya perpecahan antara umat Islam sehingga umat Islam itu terbahagi kepada beberapa puak.. Puak syiah, khazraj dan sebagainya sehingga membawa kepada kes pembunuhan Saidina Ali. Jadi, benarlah kata pepatah Melayu, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Ingat lagi sebuah cerita yang disampaikan oleh naqibah saya,kisah beberapa orang sahabat.Mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama . Suatu hari, salah seorang daripada mereka kelihatan murung dan seperti mempunyai masalah, sudah jarang untuk meluangkan masa bersama.. Rupa-rupanya sahabat ini tadi telah mengalami masalah kewangan. Maka,sahabat-sahabatnya yang lain itu pun pergilah menziarahi beliau di rumahnya dan mereka berborak-borak seperti biasa. Bertanya khabar dan bercerita mengenai isu-isu semasa, tetapi tiada seorang pun yang ingin menanyakan masalah kewangan yang telah dihadapi oleh sahabat itu tadi. Tiada siapa yang ingin melontarkan soalan “bagaimana dengan masalah kewangan kamu ?Boleh kami bantu?”. Mereka bercerita dan bergelak ketawa ibaratkan sahabat ini tadi tidak mempunyai sebarang masalah.Setelah lama menziarah, sahabat-sahabat ini pun pulanglah ke rumah masing-masing. Dan sahabat yang sebagai tuan rumah itu tadi pun mengemaskanlah tempat duduk yang telah diduduki oleh sahabat-sahabatnya itu. Sewaktu beliau menggulungkan tikar yang telah diduduki oleh sahabat-sahabatnya itu, dia dapati banyak sangat duit yang ada di bawah tikar itu. Dalam diam-diam rupa- rupanya, setiap sahabat menyelitkan duit di bawah tikar yang mereka duduki. Mereka tidak bertanya kerana takut membuka aib sahabatnya itu. Mereka tidak bertanya kerana mereka ikhlas untuk membantu. Alangkah mulianya hati seorang sahabat! Kepada sahabat-sahabat saya sekalian, walaupun kita telah memilih haluan masing-masing dan berjauhan tetapi saya harapkan semoga doa kita saling mengiringi…

Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA!!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kepada semua yang mengenali diri ini, terutamanya, kepada kelurga dan rakan-rakan seperjuangan.(:

Raya tahun ni memang lain daripada raya-raya yang lepas sebab tahun ni, beraya di Mesir. Inilah yang dinamakan raya di perantauan. Pada mulanya, memang la tersangat sedih sebab berjauhan dengan keluarga,asyik teringat je apalah yang diaorang tengah buat. Tapi nasib baik teknologi dah maju..Boleh webcam dan telifon Malaysia gune YM. Jadinya, tahap kesedihan tu dah berkurangan sebab nampak je famili di pagi raya yang berbahagia itu.Tapi, jealous gak tengok semua berkumpul dengan wajah-wajah ceria dan baju raya yang berseri-seri. Dah dapat bayangkan macam mana hiruk pikuk anak-anak buah waktu tu., tetiba abang kata “ko sorang je yang tak de dik”. Tak pe-tak pe. Lumrah la tu menuntut ilmu, memang kena bekorban sikit. Lagipun, raya kat Mesir ni pun boleh tahan seronoknya.

Waktu Malaysia cepat 6 jam daripada Mesir. Kalau Malaysia dah pagi, Mesir baru je nak malam. Jadinya terpaksalah bersekang mata pada malam raya sebab nak telifon emak. Pukul 3.00 pagi waktu Mesir mengadap depan laptop,telifon no abang, lambat je dia angkat. Rupa-rupanya orang baru balik dari masjid.

Abg: Dik,asal ko tak balik? (soalan sengal,dah taw-taw orang x dpt balik,lagi nak tanye)
S: Terlepas bas la bang (layan je)
Abg: Ko tak de, mak pun gi raya kat kampong. Tak de sape kat rumah.
( wa,touchingnye ayat ni)

Lepas tu, cakap la dengan mak. Memohon kemaafan di pagi syawal, biasanya tiap-tiap tahun salam dulu mak dengan ayah lepas balik dari masjid tu, anak-anak buah pulak, beratur nak duit raya. Tapi, tahun ni, semua tu tinggal kenangan.

Dekat Mesir, lepas tidur dalam sejam lebih, bangun solat subuh,dan siap-siap untuk pergi ke ARMA (dewan Malaysia di Kaherah) bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kami, Rumah Negeri Sembilan agak datang lewat kerana masalah pengangkutan. Jadinya, sewaktu kami sampai tu, orang sudah pun ramai, mungkin dari negeri-negeri lain dan kedutaan sampaikan tak muat ruang untuk solat. Jelas menampakkan rakyat Malaysia telah membanjiri bumi Anbiya’ ini. Khutbah raya yang disampaikan pun dalam bahasa Melayu sebab ini adalah sambutan untuk warga Malaysia sahaja. Kami disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti nasi impit, sate, mee goreng, kueh raya dan macam-macam lagi tetapi, tiada lemang di sini.Jadi, janganlah diminta bende yang dah takde tu kan.hmm. Sambil menikmati hidangan, kami dihiburkan pula dengan persembahan nasyid secara live yang dibawa oleh pasukan nasyid Rumah Negeri Sembilan. Saya pun tak tahu macam mana pasukan nasyid dari Negeri Sembilan pulak yang boleh terpilih untuk membuat persembahan tetapi bagi saya mereka telah memberikan yang terbaik dan telah berjaya menghidupkan suasana meriahnya raya

Setelah selesai majlis sambutan raya di ARMA, kami pulang kembali ke rumah negeri menaiki tramco(ala-ala van) dan menjalankan aktiviti kedua, iaitu tidur. Huhu. Disebabkan masing-masing tak cukup tidur malam tu,ada yang telifon keluarga, ada yang buat kuih raya,ada yang menghias rumah maka, kami pun berehat untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk berjalan raya pada petang itu. Petang itu,kami berjalan raya ke rumah Bukhori dengan niat untuk menziarahi kakak-kakak senior kami. Dah tak boleh nak niat untuk mendapatkan duit raya. Zaman itu dah lama berlalu. Lagipun budaya memberi duit raya bukanlah budaya Mesir.Mereka juga tidak membuat rumah terbuka seperti kita. Secara jujurnya, rakyat Mesir tidak begitu meriah menyambut Raya. Mereka lebih bersemangat menyambut Ramadhan,siap menggantunggkan tanglung di rumah-rumah mereka.Tetapi amalan ziarah menziarahi masih lagi ada. Kemudian, saya bersama kak dudu,kak shuhada,kak mairah mengikut tengku dan Kak Mira pergi ke asyir untuk beraya di sana pula. Kami bermalam di rumah negeri Pahang. Keesokkan harinya, kami menyambung berjalan raya ke rumah negeri Terengganu, Bushra,5B, Kedah dan Rabaah. Huh, memang hari yang agak memenatkan kerana kebanyakkan tempat kami pergi dengan berjalan kaki.

Bagi saya, seronoknya beraya di Mesir ini, apabila kita pergi beraya dari satu rumah ke rumah yang lain. Kita dapat kenalan baru dan seronok mendengar loghat-loghat baru kerana mereka bukannya terdiri daripada satu negeri sahaja tetapi semua negeri di Malaysia ada di sini.Jadinya, kita dapat menjalinkan silaturrahim dengan negeri-negeri lain dan berasa seperti di Malaysia juga bila mendengar mereka bertutur dalam loghat masing-masing. Di sini juga, kita saling membantu walaupun berasal dari negeri yang berbeza. Tak tahulah kenapa dah rasakan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Semoga raya tahun ni, semua orang dapat meraikannya dengan gembira.

Tuesday, September 1, 2009

A moment at Egypt


Alhamdulillah.. Dah hampir sebulan duduk kat Bumi Anbiya’ ni. Tak sangka kata-kata yang dijanjikan kepada ayah dulu,yang niat sekadar untuk bermain-main menjadi kenyataan. Itulah kuasa Tuhan yang mengaturkan kehidupan kita. Kini, kami telah menjejakkan kaki di sini, sambil memegang satu amanah dan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan membawa pulang kejayaan. InsyaAllah.. Bukan semata-mata untuk keluarga atau diri sendiri tetapi untuk masyarakat terutamanya, masyarakat Negeri Sembilan lantaran 50% duit yang dibelanjakan bagi menampung pembiayaan pelajaran kitaorang ini adalah merupakan hasil kutipan duit zakat. Semoga ada keberkatan dengan rezeki yang diberi oleh Illahi ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ ardul kinanah ini, terasa akan kepelikannya. Melihat muka bumi yang lapang dan bangunan-bangunan yang sama saja jenisnya.. coklat serta udaranya yang agak panas, berbaza dengan Malaysia..Kami dijemput oleh kakak-kakak senior dan kemudian bertolak ke rumah negeri menaiki bas. Dalam perjalanan yang memakan masa dalam 40 minit itu, saya sempat mengira lebih daripada 10 kali hon dibunyikan, sehingga dah tak terkira dah. Rupa-rupanya, memang betul la kata ustaz-ustaz lepasan Al-Azhar di PDI dulu.. Jalan raya bumi Kaherah tu memang tak pernah lekang dengan bunyi hon. Lebih-lebih lagi pada waktu petang, memang sesak..bak kata amminya, “zammah”.. Walaupun ada diletakkan lampu isyarat,tetapi bagaikan hiasan semata-mata tanpa ada fungsi sebab para pemandunya lebih suka memandu dengan bebas,sesuka hati mereka nak menyelit belah mana pun. Peliknya, kadar kemalangan di Kaherah ini lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan Malaysia yang kelihatan lebih bersistematik.. hmm,Nape ye??Mungkin sebab memandu ni memang tak perlu nak bersopan sangat kot..huhu kesimpulan yang merepek.Hakikatnya, orang Arab ni memang jenis yang cekap mengawal kereta dan berani..Hmm..boleh dikatakan terlalu berani…

Minggu orientasi berjalan selama seminggu dan kami sama sekali tidak dibenarkan keluar dari Rumah Negeri Sembilan(RNSK). Tapi selesai je oriented dan dapat kebenaran untuk keluar,perkara pertama yang kami cube ialah minum Asir Mangga yang dalam cerita Ayat-ayat Cinta tu.huhu. memang sedap dan sangat fresh.expecially kalau asir tu sejuk dan beku.Tak kisah la walaupun time tu batuk tak elok-elok. Waktu beli asir tu hanya mampu melihat senior-senior berkomunikasi dgn pak Arab dengan muka yang agak terbangak-bangak. Susah sikit nak faham apa yang diaorang cakap kan dan memang tak faham apa-apa lansung .huhu Pak Arab tu memang cakap laju dan bunyi dia lain sikit. Lebih-lebih lagi kalau bahasa ami kan.Alhamdulillah sekarang ni kitaorang dah mula belajar Amii dan bahasa arab fusaha dengan markaz iqra’, ustaz Walid dan Ust Sharif.5 jam sehari.Lama,tapi nak buat macam mana,redho je la.. Kita tak boleh jemu nak menuntut ilmu kan.

Mula-mula sampai tu terkejut juga tengok cara pemakain muslimah Mesir.Menutup aurat,tetapi terlalu up to date,agak ketat. Mungkin fahaman mereka dalam menutup aurat berbeza dengan fahaman kita. Yelah, Mesir ni kan pusat ilmu. Sebelum sampai ke sini pun kami telah dipesan agar tidak terkejut dengan kepelbagaian pemahaman yang wujud di sini. Tetapi,apa yang menariknya dengan masyarakat di sini, amalan membaca al-quran itu tak pernah lekang.terutama pada bulan Ramadhan ni. Sambil mereka menjual pun,ada saja mushaf yang dipegang untuk di baca dan mereka juga tidak segan untuk solat di tepi jalanan setelah selesai bekerja. Kalau dekat Malaysia mungkin itu merupakan satu pemandangan yang agak pelik lebih-lebih lagi kalau solat di jalanan.Saya juga berasa satu “zup” apabila pertama kali melihat mereka begitu menjaga waktu solatnya Perjalanan di Bumi Anbiya’ ini masih jauh dan banyak lagi benda yang akan kami teroka dan alami. Semoga Allah permudahkan jalan bagi kami.Amin..

Friday, August 21, 2009

memory...

Bismillahirahmanirahim..


Sedih rasanya tengok blog yang dah lame benar tak berupdate ni. Bukan sebab tak de idea nak berkongsi tapi disebabkan faktor diri yang tak berapa nak rajin menaip.huhu. Tak bagus betul tabiat ni.so, CANCEL..CANCEL.. GO AWAY GONE(cara KESUMART). InsyaAllah kalau ada kelapangan blog ni akan terus di update.


Banyak sangat benda yang nak diceritakan,2 bulan kena kuarantin kat PDI jalani kursus persediaan ke Mesir bukanlah satu benda yang menyeksakan sangat sebenarnya. Kalau rasa dipenjara pun sikit-sikitlah.huhu. Tapi semua tu pun untuk kebaikan kitaorang juga,kat Mesir nanti bukannya boleh balik sesuka hati jadi,kena lah sediakan fizikal dan mental awal-awal. Hakikatnya,bagi saya, kursus ini cukup meninggalkan kesan yang mendalam lantaran kursus ini telah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar.


Kami telah dijadualkan untuk menhafaz quran pada setiap pagi. Pada mulanya, rasa takut menyelubungi diri sebab merasakan menghafaz quran adalah suatu benda yang agak berat dan mampukah kami untuk menghafal 2 juzu’ dalam tempoh 2 bulan ini? Tapi Alhamdulillah dalam kecuakkan untuk menghafal itu,saya menemukan ketenangan dan keseronokkan.Seronok menghafaz kalimah-kalimah Allah. Cuma sekarang saya takut tidak mampu untuk menjaganya. Bak kata Ust Najib,guru kelas halaqah kami, “nak menghafal quran memang senang, tapi nak menjaganya yang payah”. Berdosa bagi seseorang yang telah menghafal quran,dan kemudian, dia lupa. InsyaAllah, saya akan terus tanamkan tekad untuk istiqamah dalam menghafal.


Ingat lagi,perkara pertama yang ditekankan sewaktu kami berada di kursus ini adalah betulkan niat. Kita niat belajar bukanlah semata-mata untuk berakhir dengan kerjaya yang bagus, mendapat gaji yang lumayan tetapi untuk menyahut seruan Illahi " "واجب علئ كل مسليم لطلب العلم barulah ilmu itu akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya jika segala yang kita lakukan ikhlas semat-mata kerana Dia.. Sesungguhnya rezeki itu disisi Allah dan Dialah yang berhak memberi kepada hamba-hamba yang diinginiNya. Firman Allah dalam ayat Seribu Dinar,” Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikan dia sumber rezeki dari arah yang tidak dia sangka-sangkakan.”. Subahanallah, semoga kami segera tersedar dari kehidupan duniawi semata-mata.


Fuh,kalau nak diceritakan dari satu ke satu memang penat ni. Sebab banyak sangat ilmu-ilmu baru yang saya peroleh sepanjang berada di PDI. Tapi bolehlah saya simpulkan dua perkara. Jaga hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan dengan manusia.Kalau kita nak jaga hubungan dengan Allah sudah semestinya kita kena menjaga solat dan al-quran. Bak kata Ustaz saya lagi, orang zaman sekarang, senang je kalau nak menghafal al-Quran tapi susah nak mengamalkan. Terbalik ngan orang zaman dulu, diaorang susah nak menghafal, tapi senang je nak amalkan. Dapat je suruhan dari Allah terus je amalkan. Contohnya, para sahabat yang dah terbiasa dengan arak, terus saja buangkan botol-botol arak yang ada kat dalam rumah diaorang tu setelah mendapat wahyu pengharamannya.Dan untuk menjaga hubungan dengan manusia pula, mungkin menjaga percakapan. Wallahua’lam.

Wednesday, May 20, 2009

10 sebab doa tidak dimakbulkan

Antara sebab doa tidak dimakbulkan:

1)Kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintah-Nya)

2)Kamu makan rezeki Allah,tapi kamu lupa untuk mensyukurinya.

3)Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu,tapi kamu menurut hasutannya.

4)Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W. tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5)Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain,tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

6)Kamu membaca Al Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.

7)Kamu mendakwa menginginkan syurga,tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

8)Kamu mendakwa membenci Neraka,tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

9)Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.

10)Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Thursday, May 14, 2009

Sehari Di Matrix N9

gambar terakhir kat matrix

haha, tak sangka betul.. ingatkan setahun duduk kat matrix tu,tapi rupa-rupanya sehari je, lepas tu, dah keluar. Patut lah rasa lain macam je time nak mendaftar tu. Semua bende buat last minute. Bayangkan, pukul 11.30 nak mendaftar, pukul 8 pagi tu baru nak pergi mintak cop pengesahan, beli setem hasil dan bayar yuran. haha dah rasa macam explorace pulak. terpaksa terkejar-kejar ke sana,ke sini. yang nak photostat lagi. Bak kata mesej yang masuk dalam phone saya, "ala, ko daftarlah pukul 12.59. barulah suspen sikit." haha, mantang-mentang tamat pendaftaran tuk sesi kedua tu pukul 1 kan. tak pe-tak pe, semua benda tu ade hikmahnya.

Tak dinafikan,memanglah matrikulasi ni bukan pilihan pertama saya, tetapi saya agak bahagia sewaktu berada di sana. Rasa macam pergi kursus kat tempat lain pulak. Mana tak nya, bekas-bekas pelajar Pedas memang berkampung kat sana. Mula-mula datang dekat tempat pendaftaran tu pun dah jumpa dak Pedas,Mina, Azx, Nazirah dan Khairani.Dayah? sudah semestinya menjadi penyambut tetamu yang setia. Ceh, masing-masing dah semakin ayu sekarang ni. Lepas selesai mendaftar,saya pergi ke asrama pula untuk mengemaskan barang dan sebagainya. Tup-tup, saya dapat satu bilik pulak dengan kawan saya,Mina den Akma. haha tak ke haru dibuatnya. satu bilik ada 4 orang, cuma seorang sahaja student luar, dari Johor. Tapi tak pe,kami tak pernah sisihkan dia.Petang tu,sewaktu sesi pendaftaran untuk yang ketiga masih bermula,kami pergi pulak bertandang ke rumah Dayah untuk makan tengahari.Haha sesedap rasa je kan.Sempat pulak nak online lagi tu.ish3..

Pada pukul 5 petang, kami diminta berkumpul di tempat yang banyak-banyak khemah tu. Jadi, secara rasminya kami sudah pun menyertai minggu orientasi Matrikulasi N9( haha, redho je la). Malam tu, pengisian dari ibu sahabat kami, Hajah Hayati binti Ariffin. Tapi,faham-faham je lah bile dak Pedas dah jumpe dak Pedas ni. Mesti ade je cerita yang nak disampaikan. Orang lain semua duk khusyuk dengar, kitaorang sempat lagi nak bergurau. haha, memang tak tahan nak tengok keletah Hazza. Bila mak Hidayah nak balik,kami pun salam lah sambil ucapkan "terima kasih mak cik"..eh, mak cik?? haha..tu pensyarah kami lah..tak pelah kali ni je. tak biasa lagi.

Keesokkan harinya, saya mendapat panggilan dari abang mengatakan saya telah berjaya mendapat tawaran MAINS. Alhamdulillah. Petang tu jugak saya keluar dari matrik kerana terpaksa menghadiri taklimat di Pusat Dakwah Islam di Paroi pada keesokkan harinya. Jadi, berakhirlah kisah hidup saya sebagai pelajar matrik. Dan kepada kawan-kawan saya yang masih di sana, Derma, Mina, Akma, Hazza, Suaidah, Munis, Nazirah, Naqibah, Azlifah, Munifah, Asyura, Natasha, Shahrul Hidayah dan Khairani saya doakan semoga kamu semua berjaya dan selamat menjalani orientasi.huhu~

Saturday, May 9, 2009

GOOD BYE HOME~~

Isnin,11/5/2009... Pejam celik,pejam celik sudah sampai masanya saya menjejakkan kaki ke matrix. Ya Allah,semoga Dikau permudahkan perjalananku dan thabatkan hatiku. Jadi,sekarang ni,agak sibuk dengan persiapan ke matrix..nak uruskan borang..bil..dan macam-macam lagilah..

Selama 4 bulan lebih saya tinggal di rumah kakak saya, berbagai-bagai perkara telah saya pelajari terutama bab memasak, mengemas rumah dan mengajar anak buah saya belajar. Kakak saya tu, sesekali ala-ala macam mak- mak zaman dulu pulak. Mengajar saya berbagai perkara. Katanya, sepandai mana pun orang perempuan, mesti tahu memasak. (Adoyai, yo la Ngah)

Satu perkara yang melucukan hati saya ialah apabila kakak saya menyuruh saya mengambil daun limau purut. Sempat dia berceramah lagi, ko kenal x daun limau purut camano rupa eh.?
Saya kata" eish....ingat orang x kenal ke...kenal la". Kemudian kakak saya berkata lagi" ambik yg mudo. Jangan ambik yg tuo. yang tuo pahit klu nak buat masak". Yo la Ngah....saya menjawab. Di belakang rumahnya, ada berbagai jenis pokok yang ditanam oleh abang ipar saya. Ada pokok mangga, pokok sukun, limau, pucuk ubi, bunga kantan, manggis dan berbagai jenis pokok walaupun tanahnya tidak la sebesar mana.

Semasa saya mengambil daun-daun limau itu, saya tertanya-tanya, "eh, kenapa daun dia lain? selalunya daun limau purut ada bentuk kecil ditengahnya? ah...ambil je la.semasa saya memberi daun itu kepada kakak, dia bertanya" Daun apo yg kau ambik ni Nah?" "limau purutlah"jawabku ringkas. " ni daun limau nipis, Limau purut kat sebelah dia tu, yang kocik sikit tu" hahaha.....Saya kata.."Loh...., patut la kita rasa daun dia lain macam tadi". Bila saya pergi semula ke belakang rumah, barulah saya ternampak pokok limau purut itu. Rupanya, ada byk pokok limau. Ada limau nipis, purut dan kasturi.huhuhu...x ke haru dibuatnya.


nilah daun limau purut,bukan limau nipis...

Tapi itu semua mengajar saya menjadi dewasa. Saya harus kenal bukan saja daun, malah pokok dan buahnya. Kepada kakak, thanks a lot kerana memperkenalkan saya pada semua jenis2 daun tu. Ha...lepas ni, saya x kan silap lagi. Tengok pokok pun, saya dah kenal buah apa,daun apa.Ha ha.Aduh,memang bab memasak je ni..kat matrix nanti,takkan jumpa semua ni dah..beli je..hu~

Monday, May 4, 2009

Matrikulasi N.9




Susah betul nak buat pilihan,lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Tapi,akhirnya alhamdulillah saya tekad untuk pergi ke matrikulasi Pilah.. Nampaknya,ada hikmah saya temankan sahabat saya,Dayah dekat rumahnya selama seminggu.Setidak-tidaknya, saya dah ada pengalaman tinggal kat matrix tu dan dah tau serba sedikit selok-belok kat sane."Dayah, terima kasih sebab dah perkenalkan matrix pilah kepada aku terlebih dahulu.huhu~" waktu tu,tak terfikir pun akan menjadi penghuni di sana selama setahun.Tapi,mungkin ini salah satu platform yang terbaik untuk saya mencapai cita-cita saya.

Saya tau,perjalanan baru sahaja nak bermula,saya tak boleh terlalu leka,saya sedar risiko yang harus saya hadapi.Masuk matrix tak semestinya telah menjamin masa hadapan.Saya harus terus berusaha dan berusaha.Dalam dunia ni,bukan saya seorang saya yang ingin berjaya.Mungkin bagi pelajar asasi sudah merasa selesa sebab secara automatik telah mempunyai tempat di Universiti.Tetapi,saya? masih terpaksa bersaing untuk menempatkan diri di universiti setelah habis matrix nanti.Bak kata,Ariff Sulaiman,terpaksa "gamble". InsyaAllah saya akan ambil risiko tu dan cuba sehabis baik sewaktu di matrix nanti.

U yang saya dapat waktu upu dulu ialah UM,asasi pengajian islam dengan sains. Berdasarkan research saya, kos ini,hanya ada di Nilam Puri Kelantan. Pelajar akan belajar agama dan sains tetapi,lebih kepada subjek agama.Kemudian pada bidang ijazah,pelajar akan melanjutkan pengajiannya di PASUM,

* Pelajar akan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu Hayat dan Fizikal.


Aliran Fizikal

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam
(Teknologi Maklumat)

Aliran Hayat

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar)

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Bioteknologi)


Rasa sayang juga,lepaskan peluang ni,sebab kos ni belajar dua-dua,agama dan sains tapi,bukan pure Sains la..dibandingkan dengan matrix,mungkin sains sahaja.Tapi,saya pegang kata-kata akak senior sewaktu saya kat Maahad,Kak Dijah, "pelajaran agama ni,insyaAllah kat mana-mana pun boleh dapat,tapi,bergantung kepada diri kita sendiri." ok,kak..terima kasih sebab beri pandangan..
Kepada sahabat2 saya..Semoga kita semua akan terus berjaya!!
Kalau kita dah buat keputusan,jangan la kita pandang belakang lagi,sebaliknya..teruslah pandang ke hadapan dan berusahalah untuk terus mencapai kejayaan.InsyaAllah kejayaan akan datang bila kita berusaha bersungguh-sungguh.

AWARD dr IZRIN~~ tag 1

d@ rules...
1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
  • IZRIN~ pandai+bijak+smart+straight A..huhu~,,
  • x lame lg die jd org Perak,,
  • suke tayang gigi yg besinar(expecially time terview..haha),,
  • Comel+cute+sweet+ayu(elele,perasan la tuh..hehe),,
  • misteri~~huhu
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
  1. on9
  2. on9
  3. on9
  4. on9
  5. on9
  6. on9
  7. on9
  8. on9
  9. on9
  10. on9 (haha,dah cukup 10 kan??kan??)
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..
  • dayah~ sbb kamu comel...so,kamu kene buat tag ni..hu~ daringgg... witch tp baik ati..(^_^)
  • princess Amirah~ gedik santai.. makan3..haha, suke tlg mak die(rajin bdk ni..hehe) tgh tngu tilam dr agency..lalala~
  • Sape2 yg rajin tlng buat eh..tq
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag..

Tuesday, April 28, 2009

MY INTERVIEW

Selasa,21 April..

saya pergi temuduga tajaan MAINS,terpaksa pergi dengan abang sebab akak saya sibuk dengan periksanya. Huhu,sesat sikit je,abang lupa jalan.Tapi,nasib baik sampai tepat pada waktunya dan sayalah orang terakhir sampai bagi group 2 tu. Bila saya semak senarai nama,saya sorang je yang dari Pedas,lain semua dari SHAMS. Ily dengan Zeha dah lepas pagi tu,diaorang group pertama,tapi sempat jugak la kitaorang jumpa .Nampaknya,Ily tersenyum je keluar dari bilik mesyuarat (tempat kitaorang ditemuduga) tapi,awat Zeha macam mencuka je..haha,patutla.. dia tanya soalan yang agak sukar,ISA..hmm

Kitaorang kene masuk sorang-sorang,tapi sebelum tu,kene ambik ujian inventori personaliti diri dulu dengan kaunselor MAINS. adus,sampai 160 soalan kene jawab..
Lepas tu,saya tunggu lah giliran,lama jugak saya tunggu,dari pukul 10.15 sampai 11.30 tekak ni pun dah haus tapi,malas nak pergi mana-mana takut dia panggil.
Akhirnya,setelah sejam menunggu,giliran saya pun tibalah, saya menyerahkan sijil-sijil dan diminta untuk duduk. Seram gak rasanya,semua penemuduga tu,lelaki tapi,buat-buatlah senyum..nak hilangkan nervous.. tapi,alhamdulillah semua soalan yang ditanya tu,dah bocor dah..haha,so dah fikir dah jawapan awal-awal.hee
antara soalannya:
1)perkenalkan diri dalam BI(adeh,sia-sia practice BA..hu~)
2)RUKUN NEGARA(ingat-ingat lupe..tp,sekarang dah ingat dah)
3)Nama PM yg pertama(adus,kacang sih..hak3)
4)pendapat mengenai ISA(huh,ayat telah diatur dr mule2.lalala~)
5)isu penggunaan nama Allah bg org Kristian(ni pun dah fikir awal2..hu~)

kesimpulannya,boleh la jawab,tapi.. tak tau la berjaya ke tak..sebab dengar cerita dari senior saya yang dah lepas kat Mesir tu,tahun ni nak ramaikan pelajar lelaki(diskriminasi..x adil betul..hu~) tambahan lagi,yang datang interview tu,hebat-hebat belaka,ramai yang sraight A.
Huh,semoga Allah permudahkan bagi kami yang lepasan SPM ni untuk memilih jalan ke masa hadapan.1/5 ni result UPU,harap lah dapat U yang saya impikan,UM..huhu~ AMIN..

Sunday, April 26, 2009

Batu Belah Batu Bertangkup..


Wa~~ sedihnya tak dapat pergi pameran buku kat PWTC tu.. Yeye je rancang ngan kawan-kawan..tapi, perginya tidak.. haha tu la.. plan without action will become meaningless. Tengok sekarang,siapa yang menyesal? Patut la,ramai orang yang kata,cakap senang tapi nak buatnya susah. Memang majoriti pun orang yang macam tu.Cakap,memang la senang sebab semua orang dikurniakan mulut tapi bila bab nak merealisasikan percakapan kita tu,agak sukar sebab memerlukan komitmen, kesungguhan, keazaman dan usaha. Contohnya, kita cakap,kita nak dapatkan straight 1A dlm SPM, semua orang boleh cakap macam tu kan,tapi berapa orang saja yang benar-benar dapat merealisasikan impian itu?Tanpa usaha yang betul-betul jitu,mungkin kita tidak akan dapat mencapainya.(hmm,saya cakap psl diri saya sebenarnya) Sabar je la bila tengok orang lain dapat pergi 2,3 kali,siap dapat ambil gambar dengan Hafiz Hamidun pulak tu..huhu~ (sape la org tu) tapi,tak pe..tahun depan ada lagi,insyaAllah saya takkan lepaskan peluang untuk pergi..

Hm,saya tak nak la jadi macam makcik yang dalam cerita batu belah batu bertangkup tu. Kecewa je,terus berputus asa,pergi cari batu. Sepatutnya,kita harus bangun semula dan berusaha untuk terus mencapai apa yang kita inginkan. Lagi pun dalam hadis riwayat Muslim pun ada mengatakan bahawa,

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah . Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah engkau berkata "kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini ",tetapi katalah ,"Allah yang telah mentakdirkannya "apa2 sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatNya. Sesungguhnya ungkapan "kalau" itu membuka peluang kepada syaitan
Sepatutnya,si ibu harus berusaha untuk mencari ikan tembakul yang baru pada esok harinya dan menunggu sehingga ikan tembakul itu benar-benar masak dan kemudian bolehlah dia memakannya.Mesti dia akan rasa lebih berpuas hati.er,tapi di samping itu,saya rasa,antara motif yang terselit dalam hikayat itu adalah untuk menunjukkan betapa sensitifnya perasaan seorang ibu lebih-lebih lagi terhadap sikap anaknya yang seolah-olah tidak mementingkannya.Seorang ibu memang mudah terasa dan cepat mengalirkan air mata apabila sesuatu yang berkaitan dengan anak-anaknya.Walaupun masih belum bergelar seorang ibu tapi saya rasa saya dapat merasakannya..haha. So,sesama la kita berusaha untuk menjaga hati ibu kita jugak..(@_^)

Saturday, April 25, 2009

My First Step..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi sekali,saya memulakan blog yang baru..Kali ni,maju sikit daripada yang dulu. Dulu,saya buat kat blog friendster je,sekadar untuk suka-suka..Tapi,majoriti kawan-kawan saya dah ada blog sendiri kat blogspot ni,jadi atas dorongan dan bimbingan mereka jugak lah,saya memulakan langkah yang pertama ini.Oleh itu,saya nak merakamkan jutaan terima kasih saya kepada kawan-kawan saya yang banyak kasi tunjuk ajar,Dayah A, Mira A dan Nora.Arigatogozaiamaz.
Jasamu akan tetap dikenang huhu~.

Dulu,saya tak pernah terfikir pun nak tulis blog,sebab saya rasa usia saya masih muda lagi untuk menulis(haha,budget) dan perkembangan idea masih lagi terhad.Tapi,setelah saya menjelajah,dari satu blog ke blog yang lain,baru saya sedar sebenarnya ramai lagi adik-adik yang telah mula berblog dan mereka tu,hebat-hebat belaka.Oleh itu,saya tidak mahu ketinggalan! Hakikatnya,idea itu akan datang apabila kita telah mencuba.Bila kita tidak memulakan langkah yang pertama,sampai bila-bila pun kita tidak akan mencapainya. Sebab tu la,kita tak boleh takut untuk mencuba.sebab,jika kita tidak mencuba langsung itu lebih teruk daripada kita cuba,tetapi kita gagal..

Di samping dapat mengisi masa lapang daripada terbuang begitu saja,sekurang-kurangnya saya dapat menambahkan kemahiran menulis.Tiba-tiba saya teringat permainan The Sims yang saya main di rumah sahabat saya.(haha)dalam game tu,sims ataupun character yang kita cipta tu,harus mencari kerja,dan salah satu cara untuk dia naik pangkat ialah menambahkan skill yang ada dengan cara bercakap di hadapan cermin,membaca buku,membaiki barang ataupun menulis.Game ni telah cukup untuk membuktikan bahawa sesuatu kemahiran cukup penting dalam hidup.Saya harap dengan berblog ini,akan dapat memberikan manfaat kepada saya juga suatu hari nanti.Semoga saya akan berjaya untuk selalu meng'update' blog ini.