Pages

Saturday, October 15, 2011

Refleksi diri

Refleksi diri setelah lebih sebulan ramadhan berlalu. Adakah diri masih sama momentumnya seperti di bulan Ramadhan? Bertambah atau berkurang? Allah. Tetapkanlah hati ini beramal keranaMu.



Kembali duduk, membelek buku, "Maza Ya'ni intima al-Islam" karangan Fathi Yakan.(Apa erti saya menganut Islam). Memperingat diri mengenai nafsu. Tajuk ke-5 : Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri.

Ma'rikah (pertarungan) antara diri dan nafsu sentiasa berlaku. Sehinggalah sama ada kita yang menang ke atas nafsu @ nafsu menang ke atas diri kita. Dan pertarungan ini akan berterusan belaku sehinggalah ajal menjemput. Firman Allah dalam kitabNya yang Aziz,

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
( Asy-Syams : 8-10 )

Ayat ini biasa kita dengari dalam mana-mana tazkirah mahupun lagu. Tetapi sejauh mana kita sesitif pada ayat ini? Terkadang, manusia sudah terbiasa dengan ayat-ayat yang kebiasaanya mereka dengar sehingga tiada signifikan yang diambil. Namun hati orang yang beriman itu, Allah gambarkan dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(Al-Anfal : 2)

Sebagai insan yang mengaku dirinya adalah  ahli sunnah wal jamaah pastinya akan kembali merujuk kepada kitab Allah sebagai sumber dalam setiap tindakan yang diambil dalam hidupnya. Oleh itu, yakinlah dengan janji Allah. Sukar untuk kita mengambil jalan menyucikan jiwa itu kerana pelbagai ujian yang akan kita temui namun janji Allah itu benar, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Untung di sisi Allah tidak sama dengan keuntungan yang kita nampak di dunia.

3 jenis golongan :

1) Tewas dengan hawa nafsu. Mereka mengabaikan Allah dan pastinya Allah akan mengabaikan mereka.
2) Golongan yang mujahadah menentang hawa nafsu. kadang-kadang mereka tertewas dengan nafsu, tetapi apabila tersedar mereka segera bertaubat. Rasulullah S.A.W berkata, كل بني آدم خطاء , وخير الخطائين التوابون
"setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat"
3) Golongan yang terpelihara seperti para nabi.

Refleksi diri, dimanakah posisiku pada 3 golongan itu....

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan


        BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

 Secara peribadi quote ini seperti memberi makna yang padat. Nampak simple, tapi apabila dirungkaikan pengertiannya mampu memberi impak besar dalam hidup. Alhamdulillah kini kita diberi lagi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Jom, pertingkatkan jual beli kita dengan Allah!

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
                                                                               ( al-Mulk : 2)


Pada bulan ini, syaitan dibelenggu dan hanya hawa nafsu yang menjadi musuh amal. Maka, andai kita ingin melakukan perubahan, inilah bulan yang harus kita manfaatkan. Allah.. semua amal Allah dilipat gandakan ganjaran. Takkan kita ingin biarkan ia berlalu dan tidak merebut peluang? Andai ada sale untuk raya, mesti kita telah pergi beratur panjangkan. :)


MEMBETULKAN YANG BIASA  


  Baik, sekarang mari kita lakukan check list. Apakah amal yang biasa kita lakukan? Adakah perkara-perkara yang biasa kita lakukan itu betul di sisi Islam?



1) menonton televisyen
2) tidur yang lama
3) makan dengan kadar yang banyak
4) bersembang perkara yang tidak memberi manfaat + tidak tambah iman
5) solat di pertengahan waktu
6) .....
7) .....


Perkara di atas bukanlah haram di sisi Islam cumanya Mukmin yang sejati itu tidak akan membiarkan Ramadhannya dengan kebiasaanya yang biasa-biasa sahaja. Harus ada peningkatan dalam bulan Ramadhan ini. Kan syaitan sudah ditambat. nafsu kita harus dididik untuk menjadi nafsu yang mutmainnah.
Iaitu nafsu yang telah mencapai rasa ketenangan dan ketenteraman, selalu kembali kepada Allah. Nafsu pada tingkat yang keempat.




"Hai jiwa yang tenang (muthmainah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya masuklah ke dalam kumpulan hambaku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
                                                                     ( Al-Fajr : 27, 28, 29, 30)




Menonton televisyen, kita boleh tukarkan dengan tadarus al-Quran @ rancangan yang memberi manfaat,bukannya rancangan yang menambah maksiat. Tidur, biarlah yang berpatutan, tidak perlu menjadi baby. Secara saintifiknya, melatonin manusia dewasa semakin berkurang. Melatonin inilah antara kimia yang menyebabkan kita terangsang untuk tidur. Makan berlebihan, Rasulullah S.A.W. sukakan umatnya yg mutawwasit (pertengahan). Pesan baginda, Berhentilah makan sebelum kenyang. Nah, kita telah meengamalkan salah satu sunah Rasulullah S.A.W secara tidak langsung. Bersembang. Baik kita diam daripada berkata-kata yang tidak berfaedah. Lagi baik, bulan yang mulia ini kita biasakan diri untuk membincangkan perkara-perkara yang menambahkan iman seperti sirah nabi, bagaimana ingin istiqamah, dan sebagainya.Tambahan kalau bersembang dengan bukan mahram tanpa urusan yang penting. Agak-agak ciri mukmin sejati itu macam itukah? Tepuk dada tanya iman. Solat. Perkara pertama yang harus dijaga. Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilanNya. Haiya A'la Solah, Haiya A'la Falah.


Langkah seterusnya ialah, 


MEMBIASAKAN YANG BETUL


Sebelum saya terlupa, senarai-senarai di atas hanyalah contoh. Tempat ke 6, 7, 8, dan seterusnya boleh diisi sendiri. Sama-sama bermuhasabah menilai amal kita. Menghisab diri sebelum diri ini dihisab. Untuk membiasakan diri dengan perkara yang betul pastinya perlukan mujahadah yang tinggi. Kecekalan hati akan kita temui andai asas kefahaman kita mantap. Oleh itu, berubah ke arah kebaikan bukanlah sekadar taqlid (mengikut) semata-mata tetapi memerlukan kefahaman yang benar. Kenapa kita ingin melakukan perubahan? Kenapa kita harus berubah? Saya rasa jawapannya adalah subjektif bagi setiap individu. Cumanya, rata-rata yang kita lihat, insan yang mengamalkan gaya hidup berlandaskan Islam terpancar pada diri mereka satu ketenangan. Ya, hati akan menjadi tenang apabila  kita kembali kepada agama fitrah, iaitu Islam. 


Seorang muslim akan berusaha bersungguh untuk berubah kerana firman Allah S.W.T dalam kitabNya yang aziz,


 "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
                       ( Al-Anfaal :53 )


Rasulullah juga ada memberi panduan untuk umatnya membezakan perkara yang hak dan yang batil,

Pada suatu hari, Rasulullah SAW ditanya tentang kebajikan dan keburukan (dosa). Jawabnya, “Kebajikan (al-birr) adalah budi pakerti luhur (husn al-huluq), sedangkan keburukan atau dosa (al-itsm) adalah apa yang membuat hatimu resah, dan kamu tidak ingin orang lain mengetahuinya.” (HR. Muslim dari Ibn Sam`an al-Anshari).


Jom kita berusaha untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Moga Ramadhan kali ini membawa natijah yang besar dalam hidup kita. Bak kata orang, Ramdhan yang sama, tapi natijah yang berbeza. Apa-apa pun moga natijahnya membawa kebaikan dan peningkatan dalam diri. Selamat menjalani madrasah Ramdhan. Wallahua'lam.

Tuesday, March 1, 2011

Jaulah di Bumi Urdun

      Alhamdulillah 17/ 2/ 2011, 1pm kami selamat sampai ke tanah air, Malaysia setelah transit selama 5 jam di Riyadh. Jangan tersilap, kami bukanlah dari pasukan evakuasi. Sebenarnya, sempat berjaulah ke Jordan pada 1/ 2/ 2011. Pada awalnya, niat ingin menziarahi sahabat di sana, tetapi apabila keadaan Mesir telah menjadi seperti itu, di luar jangkaan kami, secara tidak langsung tiket itu menjadi tiket untuk menyelamatkan diri. ;P Alhamdulillah, 2/ 2/ 2011 kerajaan Malaysia telah membawa pulang rakyat-rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir.
  
     Muzaharat  (rusuhan) bermula pada 28/ 1/ 2011, Jumaat. Pada mulanya, perarakan secara aman ke Tahrir, tapi keadaan menjadi semakin teruk apabila beberapa buah trak polis terbakar dan beberapa balai polis juga turut di bakar pada malam harinya. Jelas, rakyat tidak berpuas hati dengan polis. Semakin hari, curfew dipanjangkan dan kereta kebal berulang alik di jalanan. Sewaktu membwa keluar bagasi dari rumah, orang-orang Arab bertanya, enti barrah min Misr?  ( kamu nak keluar dari Mesir ke? ) berat hati untuk menjawab ya. Pada pandangan peribadi, saya yakin ramai antara pelajar Malaysia yang rasa reluctant untuk pulang ke tanah air kerana telah rasa sayang kepada bumi tempat kami menuntut pelbagai ilmu. Baik ilmu perubatan mahupun agama, baik dari segi akhlak mahupun pemikiran. Ya, insyaAllah di bumi Mesir, pelbagai tarbiah yang kami pelajari dan bersedia untuk pulang ke sana kembali. ;P

     Rindu Bau Pohon Tin, karangan Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam yang pernah menuntut di Jordan. Saya juga merindui Bumi Anbiya' itu walaupun 2 minggu sahaja berada di sana. Banyak pengalaman manis dan saat-saat  rumit yang harus ditempuhi tapi, itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Di sini saya nak merakamkan kerinduan dan ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat kami, akhwat Jordan yang sangat-sangat membantu. Walaupun ada yang baru sahaja kenal, tetapi kami dapat rasakan keberatan untuk berpisah, dan manisnya ukuwah itu. Ya Allah moga Dikau satukan hati-hati kami dibawah RedhaMu. Amin.

    Special dedicated kepada sahabat kami, Nor Hidayah bte. Adzman dan Nor Zuriana bte. Abu Zarim atas sambutan antuma kepada kami. Sudi menemani kami berjalan, menceritakan sejarah, menemani kami membeli belah dan yang paling penting tempat penginapan serta makanan. Moga Allah sahaja membalas jasa baik kalian. Juga kepada kak Farah Wahidah, ahli beit Sakinatul Wafa', Amrah. Tidak mampu untuk menyebut semua nama di sini tetapi kalian amat berharga buat kami. ;P

   Antara tempat yang kami lawati, Petra, Laut Mati dan pantai Aqabah. Tempat-tempat ini ada diceritakan  dalam al-Quran. Subahanallah tempat-tempat yang mendapat laknat Allah ini terasa panas walaupun berada dalam musim shita' (musim sejuk). Petra merupakan peninggalan kaum samud yang t'catat di dalam al-Quran kehebatan mereka mengukir kediaman daripada gua. Sungguh cantik, kagum dgn apa yang kami lihat, tapi sayang mereka tidak bersyukur dan tunduk kepada Yang Maha Esa.

                                                                             ~ PETRA~
    Ukiran yang berbentuk ikan!
tempat harta penyamun disimpan. maaf x ingt nama (-_-)"
Cuma di bahagian Center diukir, tepi-tepinya adalah batu2 gua. 

Di sini, disediakan perkhidmatan untuk menaiki, kuda, unta, baghal, kereta kuda, ataupun keldai. Letih kalau nak berjalan semata-mata kerana tempat ini sangat jauh ke dalam. Lebih kurang 5km @ lebih lagi.



                                                                      Pantai Aqabah

ada yang memilih untuk menunggang unta di tepi pantai


Belakang kapal itu adalah tanah haram Israel.
                                                             GUA ASHABUL KAHFI

Bahan artifak!




Tempat pemuda ashabul kahfi mengambil wudhu'
dan banyak lagi tempat yang kami lawati sebenarnya. Antaranya, Qal'ah saudara kepada Salahuddin Al-Ayubi, Ma'riqah Yarmuk, Ummu Quais, Jerash dan makam2 sahabat. Subahanallah.. Semerbak bau yang kami hidu apabila menjejakan kaki di kawasan makam seperti makam Zaid bin Harithah, Jabar bin Abi Talib, Dhirar..  Berdebar rasa hati. Di manakah kedudukan kita jika ingin dibandingkan mereka. Ya Allah, moga Dikau menerima hambaMu ini dan mengekalkan kami pada jalan yang Engkau redhai.

Alhamdulillah kami sempat dibekalkan dengan sedikit pengisian dan perkongsian bukan sahaja dari akhwat Mu;tah, malah juga Irbid. Terima kasih kak Irah, kak Bell, kak Izzah kerana menyambut kedatangan kami. Kesimpulannya, seronok berjaulah ke Jordan kerana terdapat pelbagai tempat bersejarah yang telah diceritakan di dalam Al-Quran. Kenangan-kenangan selama berada di Bumi Jordan itu, i.Allah akan kami patrikan dalam ingatan. Indahnya kita berukhuwah di dunia, tetapi lagi indah andai ukuwah kita hingga ke syurga. Semoga Dia memandu kita ke jalan yang lurus itu. ;P

Thursday, January 20, 2011

Surat buat Ukhti....


Alhamdulillah selesai exam physiology. Sekarang stage tawakal pula setelah usaha + doa. Ya Allah moga Dikau berikan yang terbaik buat hamba-hambaMu ini.

Dalam kita menempuh exam, masing-masing sibuk dengan buku tanpa kita sedari ada hak yang tidak terlaksana antara kita dan ukhti. Maaf buat ahli beit. Mungkin tidak mampu untuk meluangkan masa bersama, mendengar perkongsian cerita fatrah imtihan ini. Prioritinya, mungkin pada imtihan. Tetapi, akhwat juga bukanlah yang kedua. Hanya doa dapat dipanjatkan, kerana saya yakin Allah jugalah yang sebaik-baik pelindung.

akhwat,

Sewaktu hatimu gusar perlukan teman berbicara, mungkin saya tiada disitu kerana sibuk dengan bahan-bahan bacaan yang perlu dikhatamkan. Tidak pula saya bertanya masalah akhwat  kerana terlalu asyik memikirkan fakta-fakta yang perlu dihafal. Mungkin akhwat ingin bercerita, tetapi hanya senyuman tawar yang saya lemparkan sambil tangan memegang buku dan nota. Maaf..maafkan diri yang penuh dengan khilaf ini. Kini, terasa seperti kita sedikit menjauh sedangkan jauh di sudut hati ini tidak mahu kehilangan akhwat. Moga Allah beri kekuatan buat diri ini untuk menjaga ikatan ukhuwah kita dan memegang hati-hati ini agar teguh pada jalan yang diredhaiNya. Amin

uhbukunnafillah,BAIT  HASSAN ULU BATLI

 Bismillahirrahmanirrahim,


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini, telah ;


  • berkumpul kerana mengasihiMu
  • bertemu untuk mematuhi perintahMu
  • bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka
  • eratkanlah ikatannya
  • kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
  • tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenar
              AMIN

p/s : indahnya ukhuwah kita di dunia ini, tapi lagi indah andai ukhuwah kita berpanjangan ke syurga. Nasihatkanlah diri yang selalu alpa ini.. (-_-")