Pages

Thursday, June 24, 2010

shaytan's biggest trick - nouman ali khan

Sekarang adalh minggu imtihan bagi pelajar Ain Shams. insyaAllah akan berlanjutan sehingga sebulan. Alhamdulillah telah selesai 2 madah pada pagi tadi, English and Human right. Lega sedikit tekanan. (=
Kemudian, selepas ini akan menyusul pula exams for the main subjects, Physiology, Biochemistry, Anatomy and Histology. Pohon doa semua. Adakah selama sebulan ini juga,blog saya akan turut bercuti?
insyaAllah cuba untuk berkongsi jika ada sebarang kelapangan. ^_^


Terjumpa talk dari saudara Nouman Ali Khan di dalam youtube tadi dan rasa sangat menarik untuk dikongsi di sini. Memohon kemaafan. Jangan bertunda. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mohonlah padaNya. Biar kita menyesal sekarang, tapi yang penting bukan di akhirat kelak. Sesunggugnya syaitan laknatullah memang penuh tipu daya untuk menyesatkan kita. Can hear more from this video.

Saturday, June 12, 2010

REMINDER FROM A COVER BOOK~

Bismillahirrahmanirrahim..

          Sebenarnya, jika diikutkan masa, tidaklah begitu mengizinkan untuk menulis post di blog ini. Masih banyak lagi perkara  "penting dan utama" harus diselesaikan. Bersusun list silibus yang harus dikhatamkan. Tetapi hati ini merasa agak kesunyian.Penat menatap paper2 n buku kuliah. Mungkin dengan sedikit perkongsian bersama kalian akan dapat meredakan sedikit kegelisahan hati, sindrome yang biasa menimpa students dekat-dekat nak exam. Banyak  dugaan yang harus dihadapi. Tetapi insyaAllah ini ujian dari Allah untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Masing-masing terpaksa berlawan dengan emosi sendiri. Semoga setiap yang membaca blog ini boleh mendoakan penulis dan sahabat lain tenang dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan kelak.. syukran.. Terima kasih (=

          Baiklah, pengisian hari ini saya ambil daripada buku kakak senior saya yang digunakan sewaktu memberi tazkirah kepada kami. Terkejut saya apabila tazkirah yang diberikan ini hanyalah diambil daripada cover buku. Kali ni terpaksa tukar pepatah, "judge the book by its cover". Tiba-tiba rasa Mesir ni memang penuh dengan gedung ilmiah,sampaikan cover buku pun dah penuh dengan tazkirah. (=



Tazkirahnya bertajuk : 10  NASIHAT KEPADA SYABAB..

  • Jangan mensia-siakan waktu kerana itulah yang paling berharga dalam hidup ini.
  • Menjaga solat di masjid kerana itu adalah amalan yang disukai oleh Allah
  • Menjalinkan silaturrahaim dengan jiran dan anda sepatutnya menjadi "qudwah" bagi mereka.
  • Cemerlang dalam pelajaran dan sesungguhnya ketahuilah ilmu itu wajib ke atas kamu.
  • Memakai hijab / menjaga aurat terutamanya bagi yang muslimah kerana ianya adalah fardhu.
  • Memuliakan tetamu, berbuat baik kepada anak yatim dan juga fakir miskin.
  • Jadikanlah segala usaha anda untuk mengislah( memperbaiki) umat.
  • Aklhak yang sebenar, jujur adalah kebiasaan bagi mukmin maka jauhilah akhlak yang tidak digariskan oleh Islam.
  • Memuliakan guru kerana ianya adalah salah satu bukti keimanan kita terhadap Allah.
  • Memntaati kedua ibu bapa dan berbuat baik terhadap mereka kerana redha Allah bersama redha kedua ibu bapa.
syabab iaitu pemuda, boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :-

  1. Pemuda yang hidupnya hanyalah untuk kesukaan dan kegembiraan. (mungkin merupakan seorang yang berkerjaya tetapi hidupnya hanya untuk dirinya sahaja)
  2. Pemuda yang tidak mempunyai tujuan hidup langsung.
  3. Pemuda yang hidup untuk agamanya & umatNya dan itu lebih banyak daripada kehidupan untuk dirinya sendiri.
         Mengambil kata-kata pemimpin Indonesia, "Berikanlah aku 10 orang pemuda nescaya akan ku gegarkan dunia". Hanya 10 orang pemuda dapat menggegarkan dunia? Yakinlah, seandainya seorang pemuda/ pemudi itu dicorak dengan acuan yang benar, berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah  mengikut jejak langkah para sahabat, tidak mustahil kita mampu menghasilkan 10 orang pemuda seperti Salahuddin Al-Ayubi @ Sultan Muhd Al-Fateh.  Sultan Muhd Al-Fateh telah berjaya untuk membebaskan kota Constantinople pada usia dalam 20 an, ada yang mengatakan pada usia 22 tahun. Bagindalah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah "Sebaik- baik raja & sebaik-baik tentera." iaitu, seorang PEMUDA.

         Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang ringkas ini & semoga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Wallahua'lam.

Friday, June 4, 2010

Heart Bypass Surgery (CABG)

Coronary bypass sugery or coronary bypass graft. Usually due to coronary artery that supply the heart was narrowed or known as artheroscelorosis. Coronary blood vessel is one of the special artery and it was charactered as less anastomosing. Therefore increase its percentage to have artheroscelorosis that can cause death.

Our vessel is variable. Can be either constrict or dilate. Otherwise increase in cardiac work, will increase the metabolite such as CO2 , H , ADP, K (pottasium) and so, the vessel will become vasodilatation to increase the blood flow for ensure enough O2 supply for heart consumption. There were many factors that influence coronary blod flow. Chemical, autoregulation, neural and reflec. All of that will regulate blood vessel radius according the requirement of the heart. Subahanallah, how complete our God create us. When something happen to us, there were other system that can back up. Alhamdulillah, all praise be to God.

By the way, in this surgery, the surgeon can take saphenous vein of our lower limb to make the new pathway for blood supply to heart. Just a few information and sharing. Wallahu'alam.

Wednesday, June 2, 2010

i want a piece of peace

Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang


Bismillah..

Alhamdulillah, blog ini telah ditukar nama dan layoutnya. Berwajah baru. Bak kata "kakak tua" nampaklah matang sedikit..(=

GENEROUS PEACE..
Mengimpikan sebuah kehidupan yang tenang, damai dan aman dan semuanya berlindung di bawah satu syahadah.

           Alangkah indahnya suasana itu. Kita bersama-sama menghirup udara yang dikurniakan Illahi dan sama-sama bersyukur hanya kepada Dia. Tetapi, lumrah dunia, sesuatu yang indah bukanlah boleh digapai dengan mudah. Terlalu banyak pengorbanan yang harus kita lakukan. Andainya kita inginkan kehidupan yang damai,larilah dari sifat dengki dan belajarlah untuk sering memaafkan. Jika kita ingin orang lain faham seperti mana kita faham, bersedialah untuk menyebarkan.Tampak mudah, tapi memerlukan mujahadah yang tinggi dan kefahaman yang mendalam.

           Teringat kisah Rasulullah yang selalu sahaja dicaci, dimarahi dan dimaki oleh seorang perempuan tua. Siapa yang mampu bertahan untuk mendengar kata-kata makian, kesat saban hari? Bukankah memang adil jika kebencian di balas dengan kebencian? Namun sifat itu sama sekali tidak akan ada pada diri Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Betapa bencinya perempuan tua tersebut kepada Rasulullah namun tidak pernah sekali pun Kekasih junjungan itu ingin  membalasnya sedangkan baginda mampu sahaja untuk berbuat demikian. Sebaliknya Rasulullah berasa hairan apabila Baginda melewati rumah perempuan tua itu dan tiada lagi kedengaran suara wanita itu memarahi Baginda. Maka baginda pun bertanya kepada jiran-jirannya. Tahulah Rasulullah wanita tua itu telah jatuh sakit. Rasulullah datang menziarahi wanita tua itu dan cuba membantu seandainya dapat meringankan bebanan wanita itu. Alangkah terharunya si wanita tua apabila sekelumit pun Rasulullah tidak memendam rasa benci kepadanya. Racun yang dilemparkan kepada Rasulullah dibalas dengan madu. Sungguh akhlakmu amat terpuji ya Rasulullah, akhlakmu adalah gambaran Al-Quran.

             Imam Hassan Al-Banna juga pernah berkata, "Jadilah seperti pepohon ditepi jalanan, walaupun dibaling dengan batu, tetapi tetap membalas dengan buah-buahan". Kita tidak membalas bukan kerana kita tidak mampu tetapi kerana itu adalah lebih baik, Firman Allah dalam kitabNya yang mulia,

 "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  yang bertakwa.
yaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang  maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan ) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."

                                                                                                 (Ali-Imran : 133-134)

            Namun, bermaaf pun biarlah kena pada tempatnya. Pada situasi kita sekarang, di saat Israel mula menunjukkan belangnya di hadapan dunia, tanpa perselindungan. Maka jelaslah juga sudah tiada lagi kemaafan yang mampu diberikan kepada mereka. There were no generous peace for them. Kami tidak pernah redha. Selama  62 tahun mereka merampas Palestine dan menindas rakyat Palestine dan memenjarakan rakyat Palestine di dalam tebing yang mereka bina. Apabila pihak dunia membuka mata untuk memberikan bantuan, mereka mencari seribu satu alasan untuk mematahkan usaha murni itu. Ini bukan sahaja sekadar isu orang Arab tetapi isu ummat satu dunia. Sedangkan ada jews yang tidak menyokong tindakan Israel inikan kita yang seakidah dengan warga Palestine. Adakah kita tidak tersentak dengan berita yang mengkhabarkan kapal Lifeline4Gaza, mavi marmara diserang oleh Israel?

"Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu mentaati orang-orang kafir, niscaya mereka akan menggembalikan kamu ke belakang (murtad) maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi. Tetapi hanya Allah lah pelindungmu dan Dia penolong yang terbaik. Akan kami masukkan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir kerana mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu. Dan tempat kembali mereka ialah neraka. Dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-ornag yang zalim"
                                                          
                                                                                              ( Ali-Imran : 149-151)

Remington Model 1100. Illustration courtesy of Remington Arms Co.

Jadikan Al-Quran sebagai panduan dan pegangan hidup


           Ya Allah, kami hanya mampu berdoa kepadaMu. Tiada kudrat untuk mengangkat senjata berjuang bersama mereka, tiada kudrat untuk membeli sebuah kapal lagi bagi menambah bantuan. Tetapi insyaAllah, kami mampu untuk mendoakan dan menyebarkan dan inilah yang sedang kami usahakan. Moga Dikau redha dengan usaha kami yang sederhana. Hakikatnya, kita semua, as the Muslim can give a big effort. Kita mampu memberikan sumbangan yang besar. Tidak memerlukan shotgun yang canggih-manggih ataupun helikopter Apache tetapi cukuplah dengan keimanan, ketaqwaan, kefahaman, dan keyakinan yang kental terhadap ajaran Islam yang syumul ini. Tarbiah diri untuk menjadi Muslim yang mengambil Islam sebagai gaya hidup yang sebenar. Rasailah ketakutan hanya kepada Yang Haq, iaitu Allah.Kenalilah Pencipta kita sedalam-dalamnya, insyaAllah kita akan mencintai Dia lebih dari segalanya. Bak kata salah seorang daripada aktivis yang berada di dalam kapal Mavi marmara itu,
"أما شهادة وأما سعادة" maksudnya, " sama ada syahid ataupun kegembiraan (melihat kemenangan sampai ke Gaza dengan membawa bantuan)". Alangkah tingginya semangat beliau. Syahid itu lebih dicintai daripada mengundurkan diri.

             Islam dahulunya juga pernah berjaya menaungi 2/3 dunia. Bagaimanakah Islam boleh berjaya menggapai kejayaan sehingga ke tahap ini?. Umar Al-Khattab,Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Qutuz.. Mereka semua antara senarai pemimpin Islam yang telah membawa kemenangan kepada umat Islam. Kemenangan yang dirangkul melawan tentera bersalib mahupun Tartar bukanlah kerana kecanggihan senjata tetapi kerana keyakinan mereka yang tinggi terhadap Allah, kerana mereka benar-benar mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. ALlahuakhbar.. InsyaAllah, andainya kita menegakkan Islam dalam diri kita, Islam itu akan tertegak di mana kita berada. (=.Telitilah keperibadian- keperibadian tokoh-tokoh Islam itu.

IHFAZILLAH YAHFAZKA..( kita jaga Allah, Allah akan menjaga kita)