Pages

Saturday, March 27, 2010

Palestine will be free~

Ouh, satu persatu isu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine terpampang di Palestine Info. Tetapi kita hanya sekadar mampu membaca. Kita bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa besar untuk memperbetulkan situasi yang kita sudah sedia maklum tahap penindasannya itu. Namun sekurang-kurangnya kita maasih mempunyai usaha untuk membantu saudara seakidah kita, tanah umat Islam, malah kiblat pertama kita, masjid Al-Aqsa.


Sewaktu Salahuddin Al-Ayubi merasa sedikit ragu untuk membebaskan Palestine dari tangan tentera bersalib, seorang sahabat menasihatkannya, ' Wahai, Salahuddin,Pergilah engkau berdoa untuk kemenangan umat Islam di masjid yang Rasulullah pernah mengimamkan Nabi-nabi terdahulu sewaktu di Isra' dan diMikrajkan" Apakah masjid yang dimaksudkan oleh sahabat itu? Alangkah mulianya masjid itu.. Rasulullah dan para nabi bersolat di dalamnya pada hari yang bersejarah. Masjid yang dimaksudkan ialah MASID AL-AQSA!

Tetapi, cukupkah kita sekadar mengambil tahu tanpa ada sebarang tindakan? Walaupun jarak yang beribu batu memisahkan antara kita dan mereka, namun kita masih lagi boleh memainkan peranan.

1) memboikot

2) sampaikan hakikat isu Palestin kepada masyarakat, mungkin masih ada yang tahu, tetapi tidak peduli.

3) Mendoakan kesejahteraan mereka.

Walaupun usaha-usaha ini Nampak kecil, tetapi insyaAllah memberi makna yang besar. Sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab kita dan mempunyai bukti di hadapan Allah kelak.

Sewaktu ditanya, "ketika saudara seIslam kita ditindas di Palestin,dibunuh,dikejar dengan bom, apakah yang sedang kita lakukan? Adakah kita sedang kenyang dengan hiburan.. cerita-cerita yang melalaikan, makanan- makanan yang lazat?". Sanggupkah kita begitu? Semoga kita dapat mcontohi sii burung pipit di dalam kisah Nabi Ibrahim. Ia berusaha juga memadamkan api yang marak membakar Nabi Allah itu walaupun hanya mampu membawa sedikit air sahaja. Lebih baik kita melakukan sesuata daripada sekdar melihat sahaja.

Rasulullah juga mendoakan sahabat2 yang telah terbunuh sewaktu solatnya. Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. Ada juga hadis yang meriwayatkan, Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan

QUNUT NAZILAH





Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.”

InsyaAllah,Mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat mereka.

.

.