Pages

Thursday, May 27, 2010

thabit kulubana Ya Allah

Ya Muqalibal kulub, thabit kulubana ala dinik..
AMIN..

Setinggi-tinggi pujian bagi Tuhan sekalian alam kerana masih lagi memegang hati ini. Alhamdulillah.. Masih lagi dibangunkan dalam nikmat Islam & iman,mengucapkan 2 kalimah syahadah, Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad pesuruh Allah...

Seriously, 2 minggu sy rindu dekat tafsir saya yang hilang..)= Ouh, how sad I am.. Plus, skrg ni musim exam. Memang kalau boleh nak fokus dekat buku kuliah sahaja, buku-buku ilmiah yang lain diketepikan. Astaghfirullah al azim.. sampai Al-Quran pun tertinggal.Lumrahlah kalau students,nak exam mesti risau kalau banyak lagi yang tidak dibaca, sebab exam inilah yang akan menentukan keputusan kita sama ada lulus atau tidak, layak untuk menaiki tahun atau terpaksa mengulang tahun. Masing-masing menanam azam untuk melakukan yang tebaik. Termasuklah saya.Sebagai manusia biasa, saya akui terkadang kita selalu leka, alpa, lalai, hinggakan syaitan dapat memanupulasikan alasan exam + tafsir yang hilang untuk menjauhkan saya daripada recite The Quran. Ya Allah, lemahnya hambaMu ini dalam menempuh ujian yang sedikit itu. Padahnya, pada diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak rugi sedikit pun.

Saya dapat rasakan sepanjang 2 minggu ini, hati saya terasa kosong.. tanpa pengisian..I'm lost the tranquility.. Itulah yang diakatakan, sebenarnya Al-Quran ini adalah sumber motivasi daripada Illahi. Mukjizat teragung yang ditinggalkan oleh Nabi akhir zaman dan dipelihara oleh Yang Maha Pencipta. Masa exam hari tu pun i don't think I do well but i'm redha is this can  make me realize that i'm just a servant of Him, The Almighty.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang akan menentukan. Setinggi mana pun usaha kita tanpa disertai tawakal yang kuat kepada Allah tetap tidak akan bermakna. Baru tersedar, apalah sangat exam ni nak dibandingkan dengan "exam" di depan Allah di akhirat kelak. Kenapa pulun  bagai nak rak exam kat dunia ni sampai tak tidur malam, terlepas qiam, tertinggal Al-Quran, sedangkan kita tidak pasti sama ada exam pada esok hari itu ada atau tidak. Boleh jadi ia akan ditunda, dan mungkin juga dibatalkan atas alasan-alasan yang tertentu. Namun "exam" dengan Allah itu adalah suatu kepastian, yang tidak akann ditunda walau sedetik atau tidak akan dipercepat walau sesaat. Kenapa terkadang kita sering melupakan "exam" yang itu sedangkan pada waktu itu mungkin malaikat maut sedang mengintai kita. Astaghfirullah.. Kembalikanlahku kepada jalanMu. Hanya redhaMu yang ku mohon.

Benarlah kata-kata, Jika kita kejarkan dunia, akhirat tercicir, tetapi jika kita kejarkan akhirat, InsyaAllah dunia juga akan menyusul..

حسبى الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

Monday, May 24, 2010

Friday, May 21, 2010

City Star, Egypt


Alhamdulillah 2 madah yang dilabelkan as 'killer subject" dah lepas. Syukur sangat. Sekarang ni tawakal je la kan. Kita dah berusaha tetapi Allah juga yang akan menentukan segala-galanya.

Habis je exam practical Physio tempoh hari, saya, Zaiha dan kawan-kawan Perak, Nasibah, Aimi and Dye pergilah berjalan-jalan ke City Star, salah satu tempat yang paling standard di Egypt ni. Menaiki "el-tramco" dari kuliah ke Awal Makram dan terpaksa berjalan kaki sejauh 150 m untuk sampai ke CS. Awal-awal lagi Nasibah dah pesan, "Nanti sebelum masuk CS banyak-banyakkan baca doa". Ha? reaksi  saya agak terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya tadi.. "yalah, itukan pusat beli-belah. Macam-macam boleh berlaku. Biasanya dekat tempat-tempat macam tulah banyak syaitan, membuatkan kita leka, ingat kat dunia semata-mata." Aiwah, balas saya sambil tersenyum. Bersyukur sebab ada rakan yang seringkali mengingatkan dan tak lokek dengan nasihat. "betul juga, sebenarnya dekat mana-mana pun kita kena sentiasa berdoa kepada Allah dan meminta perlindungan daripadaNya.Alhamdulillah, release tension dalam keadaan terkawal" Detik hati. huhu..

Tempat pertama kami tuju ialah bank, tetapi tetap juga tidak dapat keluarkan duit. Kad yang digunakan hanya boleh keluar di sesetengah tempat terpilih sahaja..huhu. Nampaknya niat Aimi untuk membeli kasut tidak kesampaian. Tak pelah Aimi. Barang kat CS ni mahal sangat. Bayangkanlah sebuah beg je bersamaan dengan LE 600... As students, we just can see and dream to have it..not afford to buy it.. Sorry tuan kedai, kami hanya masuk dan membelek kemudian keluar..(=

Sambil-sambil berjalan, kami mengambil gambar. Dye suka sangat ambil gambar pemandangan. Yelah, nak tunjuk kat orang Malaysia kan kalau balik nanti. City Star ni memang sangat lawa, ada taman-taman dan air pancut. Tetapi gambar yang lebih menarik minat saya ialah, liffnya..



Seperti tanda salib

binaan yang mewah

Terkejut kitaorang tengok gambar ini dan dalam hati pun dah timbul rasa lain. Macam-macam persoalan timbul dari kotak pemikiran. Adakah semua ini hanya satu kebetulan? Tetiba rasa kesal,pada binaan tempat yang gah ini, dan menjadi tumpuan ramai, terdapat lambang seperti itu pada liffnya.. hmm, benarkah hanya satu kebetulan? Mungkin "mereka' telah merancangkan banyak perkara tetapi kita sebagai umat Islam ini juga yang jarang prihatin. Mereka begitu semangat untuk menyerapkan unsur-unsur agama mereka tetapi kita masih kita, di takuk yang lama. Seharusnya umat Islamlah yang mendahului untuk memimpin umat yang lain. Wallahu'alam.

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang daripada kamu apabila dia melakukan sesuatu amal, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh.
                      (riwayah Bukhari)

Tuesday, May 11, 2010

Exam

Salam..
minta maaf sebab lama tidak mengupdate blog.
Sekarang ini sudah tiada masaalah dengan internet. Sudah dibaik pulih. Tetapi masaalah diri sendiri yang agak kesibukkan dengan imtihan.

13/5/10 - Practical Anatomy
19/5/10 - Practical Physiology
25/5/10 - Practical Biochemistry
2/6/10 - Practical histology

Sekarang ni tengah fokus dengan imtihan yang terdekat. Saje nak berkongsi apa yang saya pelajari..(=

comel sangat jantung kita ni..tapi function dia to whole of the body!!
Tersusunkan otot-otot kita... sebab tulah tangan kita boleh buat banyak movements..

Kemaskan otot kat kaki ni, untuk supporter.. so kenalah tough. huhu
not really flexible like at the hand..
Lung ni akan mengembang bila kita bernafas. Sangat comelkan..

position lung and heart dekat dalam badan kita

Sangat cantik ciptaan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa dan bersifat dengan sifat kesempurnaan maka mustahil baginya mencipta sesuatu yang sia-sia. Setiap organ yang diciptakan dalam badan kita ini mempunyai fungsinya tersendiri. Ada oto-otot yang memang khas untuk melakukan flexion (membengkokkan tangan), dinamakan flexor group. Ada yang membuat extension (menegangkan tangan), extensor group dan banyak lagilah. Belum lagi masuk bab jantung yang memang telah kita ketahui betapa pentingnya peranannya dalam badan kita. Kita terus belajar dan belajar kerana ilmu Allah itu sangat luas. Ibaratkan lautan yang luas terbentang dan ilmu kita hanyalah setitik celupan air daripada itu.

                       ' MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN'

                                                                                                               Al-Rahman

Bersyukurlah kita sebagai seorang hamba kerana setiap ciptaanNya amat sempurna..

p/s: minta maaf kepada semua & tolong doakan kejayaan bersama (^_^)