Pages

Friday, November 20, 2009

Our Home Name, AIN JALUT

Sekarang ni, dah nak akhir tahun. Semua orang dah get ready untuk bercuti, terutamanya buat adik2 yg masih bersekolah ( teringat dekat anak-anak buah). Kiteorang pula baru saja nak memulakan periksa fasa yang pertama, 1st block assessment, (merupakan ujian dalam bentuk kuiz) setelah 7 minggu menuntut ilmu di Ain Shams ini. Walaupun sekadar kuiz ,but this mark will carried to the final exam. Jadinya, kiteorg kena buat betul-betul! InsyaAllah.


Tetapi setelah penat membelek-belek buku kuliah, tetiba terasa pula nak menulis dekat dlm blog yang dah lama tak berupdate ini. Saya harapkan di kesempatan ini saya dapat kongsikan satu ilmu atau cerita yang dapat memberikan manfaat kepada diri saya dan kalian.


Kisah Ain Jalut. Sebenarnya saya sendiri baru tahu mengenai peristiwa peperangan yang hebat ini. Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.


Bermula dari usaha untuk mencari nama bagi rumah sewa baru kami. Pelbagai nama dicadangkan, akhirunya kami bersetuju untuk memilih nama “Ain Jalut” atas cadangan,Kakak Rai dan atas kisah yang tersingkap di sebalik nama ini...


Ain Jalut merupakan nama sebuah tempat di Palestin. Untuk diringkaskan cerita, pada zaman kejatuhan khalifah Abbasiyyah. Tentera Mongul ataupun tentera TAtar begitu unggul memerangi umat Islam. Dari satu ke satu tanah Islam jatuh ke tangan mereka. Kekejaman dan kekerasan mereka amat digeruni sehinggakan ada yang mengatakan, “ Baiklah bagi tentera Mongul itu bermabuk-mabukkan daripada sedar, kerana apabila mereka sedar, mereka akan membunuh orang Islam. Seolah-olah pembunuhan itu adalah hobi buat mereka dan telah sebati dengan diri mereka. Pada waktu itu umat Islam sangat takut dan tidak berani untuk melawan. Diceritakan, seorang tentera Mongul berjalan-jalan dan terjumpa dengan seorang pemuda Islam. Tentera itu ingin membunuh pemuda tersebut tetapi dia terlupa untuk membawa parang. Lalu diarahkan pemuda itu tadi menundukkan kepalanya ke tanah dan tunggu sehingga dia datang kembali kerana dia inign mengambil pedang. Lalu, percaya atau tidak, kerana takutnya pemuda itu tadi, dia menuruti arahan tentera Mongul tersebut! untuk menuggu sehingga kedatangannya! Lantas setelah tentera itu datang, dia pun membunuh pemuda tersebut. Dalam waktu itu umat Islam telah hilang keyakinan untuk kembali bangkit menetang mereka, sehinggakan ramai Raja-Raja Islam yang menghulurkan tangan persaudaraan kepada kerajaan Mongul semata- mata untuk mendapatkan perlindungan.

Tetapi Alhamdulillah, kekuatan umat Islam itu akhirnya bangkit setelah kejatuhan umat Islam. Lahirnya seorang pemipin yang berwibawa seperti Salahuddin Al Ayubi, iaitu Saifudin Qutuz. Walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan bumi MEsir namun beliau mampu untuk menyatukan kembali umat Islam yang berpecah belah pada waktu itu, bersama-sama menghadapi serangan tentera tatar yang mabukkan darah umat Islam. Qutuz melakukan perkara yang tidak dijangkakan,iaitu mereka dahulu yang memulakan serangan dan bukannya menuggu dan bertahan di mesir. Hal ini kerana kemungkinan untuk kalah itu lebih besar.Maka tempat yang dipilh ialah Ain Jalut berdekatan juga dengan Al-Aqsa kerana keadaan geografinya yang berbukit-bukit dan sesuai untuk perlindungan. Dengan stategi yang dirancang oleh qutuz dan pahlawan-pahlawan Islam pada waktu itu, Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada umat Islam. Siapa sangka tentera tatar yang kononya dahulu gagah sehingga tidak mempu dikalahkan oleh mana-mana pihak,telah mengalami kekalahan yang amat teruk dalam tangan umat Islam. Selepas daripada peperangan itu, setiap peperangan yang dihadapi oleh Tentera Tatar mengalami kekalahan. Wallahu’alam. Serba sedikit yang dapat saya sampaikan. Sebenarnya cerita ini masih terlalu panjang untuk dihuraikan. Oleh itu untuk mengetahui ceritanya secara detail, bolehlah cari di blog ust Fauzi Asmuni, satuperkongsian.wordpress.com.

5 comments:

syazA~aNa said...

sakinah... semoga berjaya... harap tak lupe kwn di malaysia.. msg la aku cutegemini_dizana@yahoo.com.. dan jemput la ke nanasimple.blogspot.com
dan doakan aku ke sane jugak..! (^_^) \/ !!

sakinah said...

AMIN nana....
rindu bngt deh sama kamu..
x sabar nak tunggu korg dtg sini..
aku doakan, korg sume dpt smbng kat sini..
kite reunion balik..huhu

Nurul Hidayah Bani said...

salam kinah,menariknya crte ni..akak pun bru tahu yg pasal perang ain jalut ni n nama laim bg tentera monggol tu adalah tentera tatar...btw,yg kisah laki tggu parang tu adalah kerana wktu tu umat Islam amat selesa dgn kemajuan yg dialami oleh kerajaan abbasiyah shgga umat Islam lupa yg ada musuh memerhatikan kelemahan ini dari jauh..tak silap akak,zmn kejatuhan ni wktu pemerintahan khalifah Al-Muktasim(sila betulkan jika salah)..cra kematian khalifah ni pun agak memalukan keran sikap penakutnya tuh,dia masuk dalam permaidani,bergulung then disepak oleh hulagu khan n the geng sampai mati...tak macho kan?erm...ada jgk hadis Rasulallah pasal Saladin ni..wktu saladin takluk semula constantinople umur dia bru 24 kan...akak ada graph timeline kebangkitan n kejatuhan Islam..iAllah,klu kinah blm ada bgtahu..akak blh bagi=)

sakinah said...

Alhamdulillah..
time ksh kak..
haha, mane la akk jumpe blog sy ni kan... hee
perkongsian crite yg menarik..(~_~) syukran..
aah..sdh sngt dgr cite tu..
khalifah islam dibunuh dgn cara yg agak mengaibkan..
tula pntingnye kite bljr sejarah kan..
agar sejarah tak akan berulang..
banyak lg sjrh2 lain yg kite kene tahu..
jatuh bangkitnya umat Islam pd zaman dahulu n perjuangan diaorg..Semuanya.. demi Islam..
hmm.. graph tu.. i.A nati kite tanye kat akk beit kite..
rasenye diorg ade..
klu x de nati kite minx kat akk eh.. huhu

shahid said...

kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia,
kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa,
kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia,
adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuaatkan kita merinduinya,
orang itu adalah orang yang pernah berkongsi
SUKA DUKA bersama kita...........

semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya............

Post a Comment