Pages

Friday, May 21, 2010

City Star, Egypt


Alhamdulillah 2 madah yang dilabelkan as 'killer subject" dah lepas. Syukur sangat. Sekarang ni tawakal je la kan. Kita dah berusaha tetapi Allah juga yang akan menentukan segala-galanya.

Habis je exam practical Physio tempoh hari, saya, Zaiha dan kawan-kawan Perak, Nasibah, Aimi and Dye pergilah berjalan-jalan ke City Star, salah satu tempat yang paling standard di Egypt ni. Menaiki "el-tramco" dari kuliah ke Awal Makram dan terpaksa berjalan kaki sejauh 150 m untuk sampai ke CS. Awal-awal lagi Nasibah dah pesan, "Nanti sebelum masuk CS banyak-banyakkan baca doa". Ha? reaksi  saya agak terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya tadi.. "yalah, itukan pusat beli-belah. Macam-macam boleh berlaku. Biasanya dekat tempat-tempat macam tulah banyak syaitan, membuatkan kita leka, ingat kat dunia semata-mata." Aiwah, balas saya sambil tersenyum. Bersyukur sebab ada rakan yang seringkali mengingatkan dan tak lokek dengan nasihat. "betul juga, sebenarnya dekat mana-mana pun kita kena sentiasa berdoa kepada Allah dan meminta perlindungan daripadaNya.Alhamdulillah, release tension dalam keadaan terkawal" Detik hati. huhu..

Tempat pertama kami tuju ialah bank, tetapi tetap juga tidak dapat keluarkan duit. Kad yang digunakan hanya boleh keluar di sesetengah tempat terpilih sahaja..huhu. Nampaknya niat Aimi untuk membeli kasut tidak kesampaian. Tak pelah Aimi. Barang kat CS ni mahal sangat. Bayangkanlah sebuah beg je bersamaan dengan LE 600... As students, we just can see and dream to have it..not afford to buy it.. Sorry tuan kedai, kami hanya masuk dan membelek kemudian keluar..(=

Sambil-sambil berjalan, kami mengambil gambar. Dye suka sangat ambil gambar pemandangan. Yelah, nak tunjuk kat orang Malaysia kan kalau balik nanti. City Star ni memang sangat lawa, ada taman-taman dan air pancut. Tetapi gambar yang lebih menarik minat saya ialah, liffnya..



Seperti tanda salib

binaan yang mewah

Terkejut kitaorang tengok gambar ini dan dalam hati pun dah timbul rasa lain. Macam-macam persoalan timbul dari kotak pemikiran. Adakah semua ini hanya satu kebetulan? Tetiba rasa kesal,pada binaan tempat yang gah ini, dan menjadi tumpuan ramai, terdapat lambang seperti itu pada liffnya.. hmm, benarkah hanya satu kebetulan? Mungkin "mereka' telah merancangkan banyak perkara tetapi kita sebagai umat Islam ini juga yang jarang prihatin. Mereka begitu semangat untuk menyerapkan unsur-unsur agama mereka tetapi kita masih kita, di takuk yang lama. Seharusnya umat Islamlah yang mendahului untuk memimpin umat yang lain. Wallahu'alam.

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang daripada kamu apabila dia melakukan sesuatu amal, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh.
                      (riwayah Bukhari)

2 comments:

Asiah Wahid said...

salam kinah~...wah2 bestnye jln2 kat mesir....
bilelah nak bwk kite gie sne~..(~_^)

terkejut juga ana tgk gmbar td..mmg sebiji (mmg sma pun)macam tanda salib.....inilah tipu daya org2 kafir..sgt halus..

ustaz ana pun byk cite time die bljar kat mesir..mcm2 la~..seram gak dengar...itulah realiti sekrang..walaupun negara islam tetapi masih banyak lagi perkara-perkara kejahilan yang berlaku~...renungan bersama sbb kte juga umat islam yg juga bakal pemimpin akan dtg~....

laknatullah al

sakinah said...

salam Asiah comel..

ye,Asiah dtg sini, nanti kite bwk..
hehe..

hmm, suke ayat Asiah yg ni,
~...renungan bersama sbb kte juga umat islam yg juga bakal pemimpin akan dtg~....

rasa 1 tanggungjawab yg sngt besar..
(=

Post a Comment