Pages

Tuesday, March 1, 2011

Jaulah di Bumi Urdun

      Alhamdulillah 17/ 2/ 2011, 1pm kami selamat sampai ke tanah air, Malaysia setelah transit selama 5 jam di Riyadh. Jangan tersilap, kami bukanlah dari pasukan evakuasi. Sebenarnya, sempat berjaulah ke Jordan pada 1/ 2/ 2011. Pada awalnya, niat ingin menziarahi sahabat di sana, tetapi apabila keadaan Mesir telah menjadi seperti itu, di luar jangkaan kami, secara tidak langsung tiket itu menjadi tiket untuk menyelamatkan diri. ;P Alhamdulillah, 2/ 2/ 2011 kerajaan Malaysia telah membawa pulang rakyat-rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir.
  
     Muzaharat  (rusuhan) bermula pada 28/ 1/ 2011, Jumaat. Pada mulanya, perarakan secara aman ke Tahrir, tapi keadaan menjadi semakin teruk apabila beberapa buah trak polis terbakar dan beberapa balai polis juga turut di bakar pada malam harinya. Jelas, rakyat tidak berpuas hati dengan polis. Semakin hari, curfew dipanjangkan dan kereta kebal berulang alik di jalanan. Sewaktu membwa keluar bagasi dari rumah, orang-orang Arab bertanya, enti barrah min Misr?  ( kamu nak keluar dari Mesir ke? ) berat hati untuk menjawab ya. Pada pandangan peribadi, saya yakin ramai antara pelajar Malaysia yang rasa reluctant untuk pulang ke tanah air kerana telah rasa sayang kepada bumi tempat kami menuntut pelbagai ilmu. Baik ilmu perubatan mahupun agama, baik dari segi akhlak mahupun pemikiran. Ya, insyaAllah di bumi Mesir, pelbagai tarbiah yang kami pelajari dan bersedia untuk pulang ke sana kembali. ;P

     Rindu Bau Pohon Tin, karangan Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam yang pernah menuntut di Jordan. Saya juga merindui Bumi Anbiya' itu walaupun 2 minggu sahaja berada di sana. Banyak pengalaman manis dan saat-saat  rumit yang harus ditempuhi tapi, itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Di sini saya nak merakamkan kerinduan dan ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat kami, akhwat Jordan yang sangat-sangat membantu. Walaupun ada yang baru sahaja kenal, tetapi kami dapat rasakan keberatan untuk berpisah, dan manisnya ukuwah itu. Ya Allah moga Dikau satukan hati-hati kami dibawah RedhaMu. Amin.

    Special dedicated kepada sahabat kami, Nor Hidayah bte. Adzman dan Nor Zuriana bte. Abu Zarim atas sambutan antuma kepada kami. Sudi menemani kami berjalan, menceritakan sejarah, menemani kami membeli belah dan yang paling penting tempat penginapan serta makanan. Moga Allah sahaja membalas jasa baik kalian. Juga kepada kak Farah Wahidah, ahli beit Sakinatul Wafa', Amrah. Tidak mampu untuk menyebut semua nama di sini tetapi kalian amat berharga buat kami. ;P

   Antara tempat yang kami lawati, Petra, Laut Mati dan pantai Aqabah. Tempat-tempat ini ada diceritakan  dalam al-Quran. Subahanallah tempat-tempat yang mendapat laknat Allah ini terasa panas walaupun berada dalam musim shita' (musim sejuk). Petra merupakan peninggalan kaum samud yang t'catat di dalam al-Quran kehebatan mereka mengukir kediaman daripada gua. Sungguh cantik, kagum dgn apa yang kami lihat, tapi sayang mereka tidak bersyukur dan tunduk kepada Yang Maha Esa.

                                                                             ~ PETRA~
    Ukiran yang berbentuk ikan!
tempat harta penyamun disimpan. maaf x ingt nama (-_-)"
Cuma di bahagian Center diukir, tepi-tepinya adalah batu2 gua. 

Di sini, disediakan perkhidmatan untuk menaiki, kuda, unta, baghal, kereta kuda, ataupun keldai. Letih kalau nak berjalan semata-mata kerana tempat ini sangat jauh ke dalam. Lebih kurang 5km @ lebih lagi.



                                                                      Pantai Aqabah

ada yang memilih untuk menunggang unta di tepi pantai


Belakang kapal itu adalah tanah haram Israel.
                                                             GUA ASHABUL KAHFI

Bahan artifak!




Tempat pemuda ashabul kahfi mengambil wudhu'
dan banyak lagi tempat yang kami lawati sebenarnya. Antaranya, Qal'ah saudara kepada Salahuddin Al-Ayubi, Ma'riqah Yarmuk, Ummu Quais, Jerash dan makam2 sahabat. Subahanallah.. Semerbak bau yang kami hidu apabila menjejakan kaki di kawasan makam seperti makam Zaid bin Harithah, Jabar bin Abi Talib, Dhirar..  Berdebar rasa hati. Di manakah kedudukan kita jika ingin dibandingkan mereka. Ya Allah, moga Dikau menerima hambaMu ini dan mengekalkan kami pada jalan yang Engkau redhai.

Alhamdulillah kami sempat dibekalkan dengan sedikit pengisian dan perkongsian bukan sahaja dari akhwat Mu;tah, malah juga Irbid. Terima kasih kak Irah, kak Bell, kak Izzah kerana menyambut kedatangan kami. Kesimpulannya, seronok berjaulah ke Jordan kerana terdapat pelbagai tempat bersejarah yang telah diceritakan di dalam Al-Quran. Kenangan-kenangan selama berada di Bumi Jordan itu, i.Allah akan kami patrikan dalam ingatan. Indahnya kita berukhuwah di dunia, tetapi lagi indah andai ukuwah kita hingga ke syurga. Semoga Dia memandu kita ke jalan yang lurus itu. ;P

3 comments:

amirah abdollah said...

bestnye~
huhu..g jln2.

Rabiatul 'Adawiah Mohd Hosni said...

seronok juge..sambil menyelam minum air..:)

sakinah said...

@mira A
alhamdulillah, ada rezeki, kita gi sama2 plak ;P

@kak ada..
rindunya! x sangke akk jumpe blog saye ;P

Post a Comment