Wa~~ sedihnya tak dapat pergi pameran buku kat PWTC tu.. Yeye je rancang ngan kawan-kawan..tapi, perginya tidak.. haha tu la.. plan without action will become meaningless. Tengok sekarang,siapa yang menyesal? Patut la,ramai orang yang kata,cakap senang tapi nak buatnya susah. Memang majoriti pun orang yang macam tu.Cakap,memang la senang sebab semua orang dikurniakan mulut tapi bila bab nak merealisasikan percakapan kita tu,agak sukar sebab memerlukan komitmen, kesungguhan, keazaman dan usaha. Contohnya, kita cakap,kita nak dapatkan straight 1A dlm SPM, semua orang boleh cakap macam tu kan,tapi berapa orang saja yang benar-benar dapat merealisasikan impian itu?Tanpa usaha yang betul-betul jitu,mungkin kita tidak akan dapat mencapainya.(hmm,saya cakap psl diri saya sebenarnya) Sabar je la bila tengok orang lain dapat pergi 2,3 kali,siap dapat ambil gambar dengan Hafiz Hamidun pulak tu..huhu~ (sape la org tu) tapi,tak pe..tahun depan ada lagi,insyaAllah saya takkan lepaskan peluang untuk pergi..
Hm,saya tak nak la jadi macam makcik yang dalam cerita batu belah batu bertangkup tu. Kecewa je,terus berputus asa,pergi cari batu. Sepatutnya,kita harus bangun semula dan berusaha untuk terus mencapai apa yang kita inginkan. Lagi pun dalam hadis riwayat Muslim pun ada mengatakan bahawa,
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah . Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah engkau berkata "kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini ",tetapi katalah ,"Allah yang telah mentakdirkannya "apa2 sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatNya. Sesungguhnya ungkapan "kalau" itu membuka peluang kepada syaitanSepatutnya,si ibu harus berusaha untuk mencari ikan tembakul yang baru pada esok harinya dan menunggu sehingga ikan tembakul itu benar-benar masak dan kemudian bolehlah dia memakannya.Mesti dia akan rasa lebih berpuas hati.er,tapi di samping itu,saya rasa,antara motif yang terselit dalam hikayat itu adalah untuk menunjukkan betapa sensitifnya perasaan seorang ibu lebih-lebih lagi terhadap sikap anaknya yang seolah-olah tidak mementingkannya.Seorang ibu memang mudah terasa dan cepat mengalirkan air mata apabila sesuatu yang berkaitan dengan anak-anaknya.Walaupun masih belum bergelar seorang ibu tapi saya rasa saya dapat merasakannya..haha. So,sesama la kita berusaha untuk menjaga hati ibu kita jugak..(@_^)
0 comments:
Post a Comment