Pages

Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA!!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kepada semua yang mengenali diri ini, terutamanya, kepada kelurga dan rakan-rakan seperjuangan.(:

Raya tahun ni memang lain daripada raya-raya yang lepas sebab tahun ni, beraya di Mesir. Inilah yang dinamakan raya di perantauan. Pada mulanya, memang la tersangat sedih sebab berjauhan dengan keluarga,asyik teringat je apalah yang diaorang tengah buat. Tapi nasib baik teknologi dah maju..Boleh webcam dan telifon Malaysia gune YM. Jadinya, tahap kesedihan tu dah berkurangan sebab nampak je famili di pagi raya yang berbahagia itu.Tapi, jealous gak tengok semua berkumpul dengan wajah-wajah ceria dan baju raya yang berseri-seri. Dah dapat bayangkan macam mana hiruk pikuk anak-anak buah waktu tu., tetiba abang kata “ko sorang je yang tak de dik”. Tak pe-tak pe. Lumrah la tu menuntut ilmu, memang kena bekorban sikit. Lagipun, raya kat Mesir ni pun boleh tahan seronoknya.

Waktu Malaysia cepat 6 jam daripada Mesir. Kalau Malaysia dah pagi, Mesir baru je nak malam. Jadinya terpaksalah bersekang mata pada malam raya sebab nak telifon emak. Pukul 3.00 pagi waktu Mesir mengadap depan laptop,telifon no abang, lambat je dia angkat. Rupa-rupanya orang baru balik dari masjid.

Abg: Dik,asal ko tak balik? (soalan sengal,dah taw-taw orang x dpt balik,lagi nak tanye)
S: Terlepas bas la bang (layan je)
Abg: Ko tak de, mak pun gi raya kat kampong. Tak de sape kat rumah.
( wa,touchingnye ayat ni)

Lepas tu, cakap la dengan mak. Memohon kemaafan di pagi syawal, biasanya tiap-tiap tahun salam dulu mak dengan ayah lepas balik dari masjid tu, anak-anak buah pulak, beratur nak duit raya. Tapi, tahun ni, semua tu tinggal kenangan.

Dekat Mesir, lepas tidur dalam sejam lebih, bangun solat subuh,dan siap-siap untuk pergi ke ARMA (dewan Malaysia di Kaherah) bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kami, Rumah Negeri Sembilan agak datang lewat kerana masalah pengangkutan. Jadinya, sewaktu kami sampai tu, orang sudah pun ramai, mungkin dari negeri-negeri lain dan kedutaan sampaikan tak muat ruang untuk solat. Jelas menampakkan rakyat Malaysia telah membanjiri bumi Anbiya’ ini. Khutbah raya yang disampaikan pun dalam bahasa Melayu sebab ini adalah sambutan untuk warga Malaysia sahaja. Kami disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti nasi impit, sate, mee goreng, kueh raya dan macam-macam lagi tetapi, tiada lemang di sini.Jadi, janganlah diminta bende yang dah takde tu kan.hmm. Sambil menikmati hidangan, kami dihiburkan pula dengan persembahan nasyid secara live yang dibawa oleh pasukan nasyid Rumah Negeri Sembilan. Saya pun tak tahu macam mana pasukan nasyid dari Negeri Sembilan pulak yang boleh terpilih untuk membuat persembahan tetapi bagi saya mereka telah memberikan yang terbaik dan telah berjaya menghidupkan suasana meriahnya raya

Setelah selesai majlis sambutan raya di ARMA, kami pulang kembali ke rumah negeri menaiki tramco(ala-ala van) dan menjalankan aktiviti kedua, iaitu tidur. Huhu. Disebabkan masing-masing tak cukup tidur malam tu,ada yang telifon keluarga, ada yang buat kuih raya,ada yang menghias rumah maka, kami pun berehat untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk berjalan raya pada petang itu. Petang itu,kami berjalan raya ke rumah Bukhori dengan niat untuk menziarahi kakak-kakak senior kami. Dah tak boleh nak niat untuk mendapatkan duit raya. Zaman itu dah lama berlalu. Lagipun budaya memberi duit raya bukanlah budaya Mesir.Mereka juga tidak membuat rumah terbuka seperti kita. Secara jujurnya, rakyat Mesir tidak begitu meriah menyambut Raya. Mereka lebih bersemangat menyambut Ramadhan,siap menggantunggkan tanglung di rumah-rumah mereka.Tetapi amalan ziarah menziarahi masih lagi ada. Kemudian, saya bersama kak dudu,kak shuhada,kak mairah mengikut tengku dan Kak Mira pergi ke asyir untuk beraya di sana pula. Kami bermalam di rumah negeri Pahang. Keesokkan harinya, kami menyambung berjalan raya ke rumah negeri Terengganu, Bushra,5B, Kedah dan Rabaah. Huh, memang hari yang agak memenatkan kerana kebanyakkan tempat kami pergi dengan berjalan kaki.

Bagi saya, seronoknya beraya di Mesir ini, apabila kita pergi beraya dari satu rumah ke rumah yang lain. Kita dapat kenalan baru dan seronok mendengar loghat-loghat baru kerana mereka bukannya terdiri daripada satu negeri sahaja tetapi semua negeri di Malaysia ada di sini.Jadinya, kita dapat menjalinkan silaturrahim dengan negeri-negeri lain dan berasa seperti di Malaysia juga bila mendengar mereka bertutur dalam loghat masing-masing. Di sini juga, kita saling membantu walaupun berasal dari negeri yang berbeza. Tak tahulah kenapa dah rasakan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Semoga raya tahun ni, semua orang dapat meraikannya dengan gembira.

3 comments:

kak ada said...

slm
selamat hari raye sakinah..
sonok dapat rase raye kat perantauan?
hehe..moge bertambh iman dan amal..

slm lebaran:)

dAyaH AdzMAn said...

lalala....
raye yg indah kn...
cm nk join ikot kq dudu....
nk ikoooooooooootttttttttttttttttttttttt....
hahaha...

sakinah said...

kak ada
thank you kak Ada. walaupun seronok raye kat perantaun tp, tetap riindu kat Malaysia.(=

dayah
Wa..lagi seronok kalau kamu bertiga ade sekali...(;

Post a Comment