Pages

Tuesday, September 1, 2009

A moment at Egypt


Alhamdulillah.. Dah hampir sebulan duduk kat Bumi Anbiya’ ni. Tak sangka kata-kata yang dijanjikan kepada ayah dulu,yang niat sekadar untuk bermain-main menjadi kenyataan. Itulah kuasa Tuhan yang mengaturkan kehidupan kita. Kini, kami telah menjejakkan kaki di sini, sambil memegang satu amanah dan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan membawa pulang kejayaan. InsyaAllah.. Bukan semata-mata untuk keluarga atau diri sendiri tetapi untuk masyarakat terutamanya, masyarakat Negeri Sembilan lantaran 50% duit yang dibelanjakan bagi menampung pembiayaan pelajaran kitaorang ini adalah merupakan hasil kutipan duit zakat. Semoga ada keberkatan dengan rezeki yang diberi oleh Illahi ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ ardul kinanah ini, terasa akan kepelikannya. Melihat muka bumi yang lapang dan bangunan-bangunan yang sama saja jenisnya.. coklat serta udaranya yang agak panas, berbaza dengan Malaysia..Kami dijemput oleh kakak-kakak senior dan kemudian bertolak ke rumah negeri menaiki bas. Dalam perjalanan yang memakan masa dalam 40 minit itu, saya sempat mengira lebih daripada 10 kali hon dibunyikan, sehingga dah tak terkira dah. Rupa-rupanya, memang betul la kata ustaz-ustaz lepasan Al-Azhar di PDI dulu.. Jalan raya bumi Kaherah tu memang tak pernah lekang dengan bunyi hon. Lebih-lebih lagi pada waktu petang, memang sesak..bak kata amminya, “zammah”.. Walaupun ada diletakkan lampu isyarat,tetapi bagaikan hiasan semata-mata tanpa ada fungsi sebab para pemandunya lebih suka memandu dengan bebas,sesuka hati mereka nak menyelit belah mana pun. Peliknya, kadar kemalangan di Kaherah ini lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan Malaysia yang kelihatan lebih bersistematik.. hmm,Nape ye??Mungkin sebab memandu ni memang tak perlu nak bersopan sangat kot..huhu kesimpulan yang merepek.Hakikatnya, orang Arab ni memang jenis yang cekap mengawal kereta dan berani..Hmm..boleh dikatakan terlalu berani…

Minggu orientasi berjalan selama seminggu dan kami sama sekali tidak dibenarkan keluar dari Rumah Negeri Sembilan(RNSK). Tapi selesai je oriented dan dapat kebenaran untuk keluar,perkara pertama yang kami cube ialah minum Asir Mangga yang dalam cerita Ayat-ayat Cinta tu.huhu. memang sedap dan sangat fresh.expecially kalau asir tu sejuk dan beku.Tak kisah la walaupun time tu batuk tak elok-elok. Waktu beli asir tu hanya mampu melihat senior-senior berkomunikasi dgn pak Arab dengan muka yang agak terbangak-bangak. Susah sikit nak faham apa yang diaorang cakap kan dan memang tak faham apa-apa lansung .huhu Pak Arab tu memang cakap laju dan bunyi dia lain sikit. Lebih-lebih lagi kalau bahasa ami kan.Alhamdulillah sekarang ni kitaorang dah mula belajar Amii dan bahasa arab fusaha dengan markaz iqra’, ustaz Walid dan Ust Sharif.5 jam sehari.Lama,tapi nak buat macam mana,redho je la.. Kita tak boleh jemu nak menuntut ilmu kan.

Mula-mula sampai tu terkejut juga tengok cara pemakain muslimah Mesir.Menutup aurat,tetapi terlalu up to date,agak ketat. Mungkin fahaman mereka dalam menutup aurat berbeza dengan fahaman kita. Yelah, Mesir ni kan pusat ilmu. Sebelum sampai ke sini pun kami telah dipesan agar tidak terkejut dengan kepelbagaian pemahaman yang wujud di sini. Tetapi,apa yang menariknya dengan masyarakat di sini, amalan membaca al-quran itu tak pernah lekang.terutama pada bulan Ramadhan ni. Sambil mereka menjual pun,ada saja mushaf yang dipegang untuk di baca dan mereka juga tidak segan untuk solat di tepi jalanan setelah selesai bekerja. Kalau dekat Malaysia mungkin itu merupakan satu pemandangan yang agak pelik lebih-lebih lagi kalau solat di jalanan.Saya juga berasa satu “zup” apabila pertama kali melihat mereka begitu menjaga waktu solatnya Perjalanan di Bumi Anbiya’ ini masih jauh dan banyak lagi benda yang akan kami teroka dan alami. Semoga Allah permudahkan jalan bagi kami.Amin..

3 comments:

senikehidupan said...

Tahniah atas kejayaan sakinah, satu hadiah yang sangat bernilai dari Allah taala.

Satu pesanan saya di sini hanya satu,

Sakinah dah berada di gunung yang Sakinah pilih, maka setiap apa yang dipelajari itu, hargailah seboleh-bolehnya. Kita sebenarnya melangkah satu demi satu hingga ke puncak atas tu.

Ramai orang yang tersalah gunung.

Ramai yang ada gunung yang tepat, tetapi salah naik.

Tapi yang paling teruk, kita berada di gunung, tapi tak sedar kita sedang menaiki gunung itu!

Hm..

Salam..

sakinah said...

Syukran lak.. Terima kasih atas peringatan tu. Semoga kami akan manfaatkan sebaik-baiknya peluang mendaki gunung ni dan berada di gunung yang betul..

senikehidupan said...

Of course Gunung Sinai kn.. Hehe..

Post a Comment