Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang |
Bismillah..
Alhamdulillah, blog ini telah ditukar nama dan layoutnya. Berwajah baru. Bak kata "kakak tua" nampaklah matang sedikit..(=
GENEROUS PEACE..
Mengimpikan sebuah kehidupan yang tenang, damai dan aman dan semuanya berlindung di bawah satu syahadah.
Alangkah indahnya suasana itu. Kita bersama-sama menghirup udara yang dikurniakan Illahi dan sama-sama bersyukur hanya kepada Dia. Tetapi, lumrah dunia, sesuatu yang indah bukanlah boleh digapai dengan mudah. Terlalu banyak pengorbanan yang harus kita lakukan. Andainya kita inginkan kehidupan yang damai,larilah dari sifat dengki dan belajarlah untuk sering memaafkan. Jika kita ingin orang lain faham seperti mana kita faham, bersedialah untuk menyebarkan.Tampak mudah, tapi memerlukan mujahadah yang tinggi dan kefahaman yang mendalam.
Teringat kisah Rasulullah yang selalu sahaja dicaci, dimarahi dan dimaki oleh seorang perempuan tua. Siapa yang mampu bertahan untuk mendengar kata-kata makian, kesat saban hari? Bukankah memang adil jika kebencian di balas dengan kebencian? Namun sifat itu sama sekali tidak akan ada pada diri Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Betapa bencinya perempuan tua tersebut kepada Rasulullah namun tidak pernah sekali pun Kekasih junjungan itu ingin membalasnya sedangkan baginda mampu sahaja untuk berbuat demikian. Sebaliknya Rasulullah berasa hairan apabila Baginda melewati rumah perempuan tua itu dan tiada lagi kedengaran suara wanita itu memarahi Baginda. Maka baginda pun bertanya kepada jiran-jirannya. Tahulah Rasulullah wanita tua itu telah jatuh sakit. Rasulullah datang menziarahi wanita tua itu dan cuba membantu seandainya dapat meringankan bebanan wanita itu. Alangkah terharunya si wanita tua apabila sekelumit pun Rasulullah tidak memendam rasa benci kepadanya. Racun yang dilemparkan kepada Rasulullah dibalas dengan madu. Sungguh akhlakmu amat terpuji ya Rasulullah, akhlakmu adalah gambaran Al-Quran.
Imam Hassan Al-Banna juga pernah berkata, "Jadilah seperti pepohon ditepi jalanan, walaupun dibaling dengan batu, tetapi tetap membalas dengan buah-buahan". Kita tidak membalas bukan kerana kita tidak mampu tetapi kerana itu adalah lebih baik, Firman Allah dalam kitabNya yang mulia,
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
yaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan ) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."
(Ali-Imran : 133-134)
Namun, bermaaf pun biarlah kena pada tempatnya. Pada situasi kita sekarang, di saat Israel mula menunjukkan belangnya di hadapan dunia, tanpa perselindungan. Maka jelaslah juga sudah tiada lagi kemaafan yang mampu diberikan kepada mereka. There were no generous peace for them. Kami tidak pernah redha. Selama 62 tahun mereka merampas Palestine dan menindas rakyat Palestine dan memenjarakan rakyat Palestine di dalam tebing yang mereka bina. Apabila pihak dunia membuka mata untuk memberikan bantuan, mereka mencari seribu satu alasan untuk mematahkan usaha murni itu. Ini bukan sahaja sekadar isu orang Arab tetapi isu ummat satu dunia. Sedangkan ada jews yang tidak menyokong tindakan Israel inikan kita yang seakidah dengan warga Palestine. Adakah kita tidak tersentak dengan berita yang mengkhabarkan kapal Lifeline4Gaza, mavi marmara diserang oleh Israel?
"Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu mentaati orang-orang kafir, niscaya mereka akan menggembalikan kamu ke belakang (murtad) maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi. Tetapi hanya Allah lah pelindungmu dan Dia penolong yang terbaik. Akan kami masukkan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir kerana mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu. Dan tempat kembali mereka ialah neraka. Dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-ornag yang zalim"
( Ali-Imran : 149-151)
Remington Model 1100. Illustration courtesy of Remington Arms Co. |
Jadikan Al-Quran sebagai panduan dan pegangan hidup |
Ya Allah, kami hanya mampu berdoa kepadaMu. Tiada kudrat untuk mengangkat senjata berjuang bersama mereka, tiada kudrat untuk membeli sebuah kapal lagi bagi menambah bantuan. Tetapi insyaAllah, kami mampu untuk mendoakan dan menyebarkan dan inilah yang sedang kami usahakan. Moga Dikau redha dengan usaha kami yang sederhana. Hakikatnya, kita semua, as the Muslim can give a big effort. Kita mampu memberikan sumbangan yang besar. Tidak memerlukan shotgun yang canggih-manggih ataupun helikopter Apache tetapi cukuplah dengan keimanan, ketaqwaan, kefahaman, dan keyakinan yang kental terhadap ajaran Islam yang syumul ini. Tarbiah diri untuk menjadi Muslim yang mengambil Islam sebagai gaya hidup yang sebenar. Rasailah ketakutan hanya kepada Yang Haq, iaitu Allah.Kenalilah Pencipta kita sedalam-dalamnya, insyaAllah kita akan mencintai Dia lebih dari segalanya. Bak kata salah seorang daripada aktivis yang berada di dalam kapal Mavi marmara itu,
"أما شهادة وأما سعادة" maksudnya, " sama ada syahid ataupun kegembiraan (melihat kemenangan sampai ke Gaza dengan membawa bantuan)". Alangkah tingginya semangat beliau. Syahid itu lebih dicintai daripada mengundurkan diri.
Islam dahulunya juga pernah berjaya menaungi 2/3 dunia. Bagaimanakah Islam boleh berjaya menggapai kejayaan sehingga ke tahap ini?. Umar Al-Khattab,Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Qutuz.. Mereka semua antara senarai pemimpin Islam yang telah membawa kemenangan kepada umat Islam. Kemenangan yang dirangkul melawan tentera bersalib mahupun Tartar bukanlah kerana kecanggihan senjata tetapi kerana keyakinan mereka yang tinggi terhadap Allah, kerana mereka benar-benar mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. ALlahuakhbar.. InsyaAllah, andainya kita menegakkan Islam dalam diri kita, Islam itu akan tertegak di mana kita berada. (=.Telitilah keperibadian- keperibadian tokoh-tokoh Islam itu.
IHFAZILLAH YAHFAZKA..( kita jaga Allah, Allah akan menjaga kita)
7 comments:
Alhamdulillah sis,
semoga kejadian ini menjadi siren untuk kita bangun dari tidur....
semoga semangat yang membara2,yang kita lihat dari umat Islam sekarang tidak bermusim.semoga kita istiqamah dalam perjuangan ini...Allahuakhbar.
insyaAllah..
syukran..
moga sama2 kita doakan kejayaan umat ya ukhti..
Inshallah. teruskan usaha menyedarkan ummah yg masih tidur..
"Generous peace of life"
such a peaceful name..
setuju dgn kak sarah,
lay out yg nmpk matang sket..
ahhaa~
kak sarah truskn update..wartawan al-jazeera..hee
ish dayah ni..x nak kwn
hehe
Aizat-
thanks sbb follow..
bagus post ni.. tp, pic paling atas tu..
cube tgk balik..
erk..
pic tu..
aah, nmpk mcm seram jugak
ke, ade mksd lain?
xpe i.Allah akn ditkr @ di delete.
tQ atas komen..
Post a Comment