Sebenarnya, jika diikutkan masa, tidaklah begitu mengizinkan untuk menulis post di blog ini. Masih banyak lagi perkara "penting dan utama" harus diselesaikan. Bersusun list silibus yang harus dikhatamkan. Tetapi hati ini merasa agak kesunyian.Penat menatap paper2 n buku kuliah. Mungkin dengan sedikit perkongsian bersama kalian akan dapat meredakan sedikit kegelisahan hati, sindrome yang biasa menimpa students dekat-dekat nak exam. Banyak dugaan yang harus dihadapi. Tetapi insyaAllah ini ujian dari Allah untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Masing-masing terpaksa berlawan dengan emosi sendiri. Semoga setiap yang membaca blog ini boleh mendoakan penulis dan sahabat lain tenang dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan kelak.. syukran.. Terima kasih (=
Baiklah, pengisian hari ini saya ambil daripada buku kakak senior saya yang digunakan sewaktu memberi tazkirah kepada kami. Terkejut saya apabila tazkirah yang diberikan ini hanyalah diambil daripada cover buku. Kali ni terpaksa tukar pepatah, "judge the book by its cover". Tiba-tiba rasa Mesir ni memang penuh dengan gedung ilmiah,sampaikan cover buku pun dah penuh dengan tazkirah. (=
Tazkirahnya bertajuk : 10 NASIHAT KEPADA SYABAB..
- Jangan mensia-siakan waktu kerana itulah yang paling berharga dalam hidup ini.
- Menjaga solat di masjid kerana itu adalah amalan yang disukai oleh Allah
- Menjalinkan silaturrahaim dengan jiran dan anda sepatutnya menjadi "qudwah" bagi mereka.
- Cemerlang dalam pelajaran dan sesungguhnya ketahuilah ilmu itu wajib ke atas kamu.
- Memakai hijab / menjaga aurat terutamanya bagi yang muslimah kerana ianya adalah fardhu.
- Memuliakan tetamu, berbuat baik kepada anak yatim dan juga fakir miskin.
- Jadikanlah segala usaha anda untuk mengislah( memperbaiki) umat.
- Aklhak yang sebenar, jujur adalah kebiasaan bagi mukmin maka jauhilah akhlak yang tidak digariskan oleh Islam.
- Memuliakan guru kerana ianya adalah salah satu bukti keimanan kita terhadap Allah.
- Memntaati kedua ibu bapa dan berbuat baik terhadap mereka kerana redha Allah bersama redha kedua ibu bapa.
- Pemuda yang hidupnya hanyalah untuk kesukaan dan kegembiraan. (mungkin merupakan seorang yang berkerjaya tetapi hidupnya hanya untuk dirinya sahaja)
- Pemuda yang tidak mempunyai tujuan hidup langsung.
- Pemuda yang hidup untuk agamanya & umatNya dan itu lebih banyak daripada kehidupan untuk dirinya sendiri.
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang ringkas ini & semoga Allah redha dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan. Wallahua'lam.
4 comments:
salam...
syukran atas perkongsian yg menarik..
yup2..
mmg diakui..
bumi anbiya' ni mmg byk ilmu..
kt mne2 jela...
kat kedai,jamiah....
so..
sementara diberi kesemptn berada di sini jom kita kutip seberapa byk mutiara ilmu...
nwaz...
teruskan ketabahan anda...
never give up...
go kinah go!!!
vitooo oppp
Smoga kita menjadi shabab yg berjiwa kuat spt kata As-syahid IHAB, jiwa yg kuat ialah "Kemahuan kuat yg tidak digugat oleh lesu & lemah. Kesetiaan teguh yg tidak berdolak dalik mahupun belot. Pengorbanan agung yg tidak dihalang oleh rasa tamak & sikap kedekut. Memahami, meyakini & menghormati prinsip yg memelihara drpd melakukan kesilapan, terseleweng, kompromi & terpedaya dgn prinsip lain."
-Semoga ujian lebih mendekatkan kita kepadaNya. Fasabrun jameel =)
tazkirah mizyan :)
syukran bizzef!
incha Allah, semoga terus kekal menulis..hee
syabab Sorang pun ampu gegarkan DUnaia, sperti Sultan Muhd Al-Fateh..
moge kita hari nih, menjadi pemimpin masa akan datang dan menbangunkan Islam di seluruh dunia, khususnya Malaysia..Amiin ya Rab
gud post...tq mengingatkan dak cute..=)
Post a Comment